lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Saturday 31 May 2014

HAID SEDIKIT KERANA DENGGI (SAKIT PUAN)

 
Ubat yang diberikan untuk tujuan menghentikan haid lazimnya menahan sebahagian atau semua tisu endometrium daripada luruh menjadi haid


SEMASA saya disyaki menghidap denggi di hospital, saya berada dalam keadaan haid lalu doktor memberikan saya ubat untuk menahan haid bagi mengelakkan sebarang pendarahan.

Ubat terbabit berbentuk bulat kecil berwarna merah. Saya mengambil ubat itu selama dua hari iaitu pada hari kelima dan keenam haid. Tiga hari kemudian, keluar sedikit darah.

Persoalannya, apakah status darah terbabit? Adakah ia menyambung haid yang sepatutnya sebelum ini, haid yang baru atau ia hanya kesan sampingan ubat? Adakah saya perlu menganggapnya istihadah untuk solat seperti biasa?

Terima kasih atas pandangan doktor.

Mengharap,
Kuala Lumpur


 Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ZAMAN sekarang, ramai yang lebih bersifat ingin tahu terutama apabila ia membabitkan diri sendiri. Lazimnya sukar untuk meneka nama dan kandungan ubat hanya berdasarkan warna dan saiznya saja.

Kebanyakan hospital malah klinik akan menulis nama ubat, jika tidak, seseorang berhak untuk mendapatkan maklumat ini daripada pihak terbabit.

Ubat yang diberikan untuk tujuan menghentikan haid lazimnya menahan sebahagian atau semua tisu endometrium daripada luruh menjadi haid. Bolehlah dikatakan pendarahan anda ini sebagai haid. Apapun, lebih sesuai jika anda mendapatkan pandangan ulama.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Monday 12 May 2014

TIADA AIR MAZI KETIKA TERANGSANG (SAKIT TUAN)

 
Tidak semestinya air mazi terkeluar setiap kali ereksi berlaku atau lelaki itu teruja seks.


SAYA berusia 25 tahun dan bakal berkahwin hujung tahun ini. Saya musykil mengapa saya tidak pernah keluar air mazi. Saya pernah terdengar rakan berkata, apabila seseorang itu terangsang air mazi akan meleleh keluar. Masalahnya, saya tidak pernah merasakan keadaan seperti itu walaupun terangsang. Adakah keadaan ini normal?

LELAKI KELIRU
Kuala Lumpur


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MEMANG dalam keadaan teruja seksual, perjalanan darah lancar masuk ke dalam ruang otot alat sulit yang menyebabkan ketegangan alat kelamin dan penghasilan rembesan cecair dalam salur kencing atau air mazi. Kelicinan dalam salur kencing memudahkan ejakulasi apabila lelaki itu klimaks.

Jika ereksi lega tanpa ejakulasi dan alat sulit mula mengecut dan memendek, lebihan air mazi akan terkeluar. Jika alat kelaminnya tidak mengecut dan kekal dalam keadaan pejal, air mani akan kekal juga, tidak terkeluar daripada salur kencing kecuali alat sulitnya dilurut dengan tangan, baru akan kelihatan sedikit cecair jernih terkeluar dari lubang kencing.

Jadi tidak semestinya air mazi terkeluar setiap kali ereksi berlaku atau lelaki itu teruja seks. Anda tidak perlu khuatir jika tidak nampak pengeluaran air mazi dari salur kencing.

Jarang sekali salur kencing radang akibat jangkitan yang menekan pepundi salur kencing menghasilkan air mazi dan ketika itu akan kelihatan pengeluaran cecair jernih yang adakalanya bercampur nanah walaupun alat sulit tidak menegang. Apabila radang itu lega, selepas mendapat rawatan sewajar air mazi tidak terkeluar lagi.

Ada juga keadaan yang mana air mazi keluar dengan banyak ketika lelaki itu teruja seksual dan keadaan ini dikenali sebagai ‘resdung zakar’.

(Sumber Harian Metro)


Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KENALI KUTIL ATAU KETUAT (SAKIT TUAN)

 
Ramai tidak tahu, sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks.


LELAKI sering mengalami masalah anggota kelamin seperti kemunculan kutil, ketuat, gelembung, biji, kudis dan ketulan.

Sebenarnya, semua itu tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, ia petanda anda ada penyakit kulit dan kes itu perlu dikendalikan doktor pakar kulit.

Anda harus menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan jika ia memudaratkan kesihatan dan mengganggu hubungan seksual dengan pasangan serta membahayakannya.


Untuk makluman, kutil atau ketulan kulit seperti 'daging' yang berjuntai di keliling penghujung zakar, tempat jahitan berkhatan atau ketulan isi yang timbul di pangkal zakar mungkin ketuat atau 'warts'.

Kadangkala, bekas parut yang berlaku selepas berkhatan disangka ketuat kerana cantuman kulit tidak sempurna. Maksud kutil sebenar ialah lebihan kulit yang berjuntai dan ia bukan penyakit kulit, manakala ketuat pula penyakit kulit akibat jangkitan virus atau HPV (Human Papilloma Virus).

Ketuat di penghujung zakar berbeza daripada di kulit tundun atau pangkal zakar kerana kulit bahagian itu berbeza.

Bagaimanapun, jangkitan itu sama walaupun jenis virus ketuat mungkin berbeza. Jika anda mendapati kutil di keseluruhan anggota kelamin dan tidak tahu ia jangkitan atau sebaliknya, anda harus berjumpa doktor untuk kepastian.

Ketuat boleh merebak cepat dan keseluruhan kulit zakar boleh terkena jangkitan. Begitupun, ia boleh mengecut apabila virus musnah kerana tindak balas sistem daya kawalan.

Jika benar jangkitan kulit itu adalah ketuat, doktor boleh memberi ubat untuk disapu dan ia boleh hilang dan pulih seperti sedia kala. Bagaimanapun, jangan risau kerana ketuat jarang berubah menjadi kanser.

Saya syorkan lelaki yang ada masalah ini supaya berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Ramai tidak tahu, sebenarnya ketuat boleh dijangkiti daripada hubungan seks. Buat masa ini, lelaki tidak perlu mendapat suntikan pelalian HPV seperti mana digalakkan kepada wanita ber-umur sembilan hingga 26 tahun.

(Sumber Harian Metro)


Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

TIMBUL BENJOLAN TIDAK MENYAKITKAN (SAKIT TUAN)

 
Lelaki yang tidak pernah melakukan seks rambang, sama ada seks genital atau seks oral atau anal tak perlu khuatir mengenai STI.


SAYA mempunyai benjolan kecil pada hujung zakar dan seakan-akan mengandungi air di dalamnya. Adakah ia sejenis penyakit?

AZLI
Kepong, Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ANGGOTA kelamin jarang diperiksa secara teliti kecuali sesuatu bahagiannya terasa kurang selesa atau sakit. Ketika itu pelbagai penemuan terjadi.

Benda seperti ketulan, benjolan dan pelbagai lagi akan kelihatan. Malah, apabila individu itu mula merujuk kepada Internet, nescaya dia akan rasa gementar apabila dipaparkan pelbagai maklumat menakutkan.

Kajian menunjukkan sebahagian besar ketulan dan benjolan pada anggota kelamin lelaki adalah tidak berbahaya, kecuali ia simptom penyakit kelamin atau STI (sexually transmitted infections).

Lelaki yang tidak pernah melakukan seks rambang, sama ada seks genital atau seks oral atau anal tak perlu khuatir mengenai STI.

Ini kerana kemungkinan ketulan, benjolan atau bengkak itu perubahan yang berlaku pada anggota kelamin dan tidak perlu dibimbangkan, kecuali jika lelaki itu was-was, terutama setelah merujuk kepada Internet.

Perlu diketahui bahawa 'self diagnosis'‚ iaitu rawatan secara sendiri atau ‘self treatment’ tanpa rujukan doktor tidak digalakkan. Anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.

Berdasarkan penelitian doktor yang biasa dengan pengendalian masalah anggota kelamin lelaki, tentu dia dapat memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Namun, berdasarkan keterangan anda, kemungkinan ketumbuhan yang berisi cecair itu sista (cyst). Ada juga kemungkinan ia jangkitan virus bergelar 'Molluscum contagiosum'‚ atau ketuat.

Tanpa pemeriksaan doktor, anda tidak akan tahu apa berlaku. Anggota kelamin lelaki adalah penting dan perlu dijaga dengan baik.

(Sumber Harian Metro)


Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

RISAU ULSER KERANA SEKS ORAL (SAKIT TUAN)


SUDAH tiga minggu saya menghidapi masalah ulser di mulut dan sudah tiga kali juga saya berjumpa doktor bagi merawat masalah ini.

Sepanjang berjumpa doktor, saya mengambil pelbagai ubat serta ujian, termasuk serology test HIV dan herpes yang menunjukkan keputusan negatif.

Saya risau terkena jangkitan kelamin yang menyebabkan ulser di mulut akibat hubungan seks. Bagi ujian saringan darah HIV, adakah saya perlu menunggu enam bulan untuk melakukan ujian itu?

Ini membuatkan saya tertekan berikutan tidak tahu apa yang berlaku pada saya.

ZUBIR
Kuantan, Pahang


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SAYA
sering dikunjungi lelaki bergelar suami yang ketakutan dan resah kerana mengalami gejala yang mereka percaya penyakit kelamin akibat mengunjungi pelacur atau melakukan seks rambang dengan kawan sekerja selain kenalan baru.

Sesetengah daripada mereka kelihatan cemas kerana melakukan seks dengan isteri sebelum gejala penyakit 'STI'‚ atau penyakit kelamin yang mereka jangka itu menonjol.

Malah, sebahagian daripada mereka berjumpa beberapa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan masih tidak puas dan tidak percaya atau bingung dengan maklumat dan hasil laporan yang doktor berikan.

Mereka seolah-olah mahukan laporan hasil kajian darah itu menunjukkan mereka ada gejala penyakit kelamin.

Jika laporan itu negatif dan simptom yang mereka alami mungkin tiada kaitan dengan penyakit kelamin tetapi masih kekal, mereka akan anggap ia kesan penyakit kelamin.

Inilah gara-gara sikap lelaki yang tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu yang berisiko tinggi. Apabila rasa teruja, dipelawa wanita dan mengunjungi sarang pelacuran, mereka tidak berfikir dua kali untuk bersetubuh.

Tak terfikir langsung untuk menggunakan kondom dan jika menggunakannya sekali pun, anda tidak tahu sama ada ia sudah tamat tempoh atau bocor.

Malah, jika melakukan seks oral, mereka tak terfikir mereka boleh terkena jangkitan daripada mulut wanita itu.

Memang sukar untuk kendalikan kes seperti anda kerana anda terdesak, takut dan tidur tak lena memikirkan penyakit laknat itu selain asyik berfikir mengenai keselamatan isteri dan anak, kalau anda menjangkiti mereka.

Jadi apa yang doktor katakan itu sukar untuk anda percaya. Jika terdedah kepada seks rambang, anda berisiko tinggi dijangkiti penyakit kelamin.

Keadaan ini sama apabila anda menggunakan kondom kerana belum pasti anda terhindar penyakit kelamin berikutan beberapa penyakit kelamin tidak boleh dihalang oleh penggunaan kondom seperti herpes dan papilloma.

Pemeriksaan doktor dan ujian darah akan membantu mengesan jangkitan penyakit kelamin.

Ujian darah untuk HIV hanya boleh diketahui selepas beberapa bulan iaitu apabila badan terdedah kepada kuman virus HIV. Ujian darah ini perlu dijadualkan atau diulangi tiga bulan dari tarikh anda terdedah kepada hubungan seks rambang itu.

Saya cadangkan anda bersabar dan ikut nasihat dan penjelasan pakar yang mengendalikan kes anda.

(Sumber Harian Metro)


Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

AIR KENCING BERCABANG (SAKIT TUAN)

SAYA mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar.

Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.

RAZAK
Tampoi, Johor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KENCING bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Ia boleh berlaku dan menjadi kembali sedia kala secara spontan.

Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubang kencing melekat dan kemudian bahagian yang terlekat itu terbuka.

Jika keadaan kencing bercabang itu kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Jarang salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut. Namun, ada juga lubang salur kencing tertutup separa akibat ketulan 'isis'‚ yang terjojol daripada mukosa salur kencing seperti papilloma atau kutil.

Apabila papilloma atau kutil itu dibuang, perjalanan kencing menjadi sehala dan tidak lagi bercabang.

Jika air kencing masih keluar bercabang walaupun anda mengepit hujung zakar untuk meluaskan pembukaan lubang kencing, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Jangan pula anda cuba mencucuk lubang kencing dengan lidi atau dawai kerana boleh memberatkan lagi masalah.

(Sumber Harian Metro)


Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

 Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Friday 9 May 2014

DARAH KELUAR BAGAI HAID (SAKIT PUAN)

Lazimnya kaedah implan menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung

SAYA melahirkan anak secara normal pada 30 Januari lalu. Doktor memasukkan implanon pada 4 Februari sebelum dibenarkan keluar hospital sebagai cara pencegahan kehamilan kerana saya mengalami masalah ‘mitral regurgitation’.

Haid pertama saya datang setelah bersalin pada 10 April dan tamat pada 14 April. Darah haid saya hanya sedikit.

Masalahnya, ada darah keluar selepas saya bersama suami dan darah berkenaan seolah-olah darah haid. Suami saya menggunakan kondom untuk perlindungan semasa bersama. Saya pula was-was sama ada boleh bersolat atau sebaliknya.

Apakah pandangan doktor? Adakah saya perlu mengeluarkan implan terbabit?

Rohaya,
Kuala Lumpur

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SUDAHKAH anda menjalani ujian Pap smear? Sudahkah anda menjalani pemeriksaan doktor apabila mengalami masalah ini? Kaedah implan boleh memberikan masalah haid, saya pasti doktor anda sudah memaklumkannya terlebih dulu.

Lazimnya ia menyebabkan haid menjadi sedikit saja atau tiada langsung, tetapi ia juga boleh memberikan perubahan seperti yang anda alami. Bagaimanapun, memandangkan masalah haid terbabit juga boleh disebabkan oleh penyakit lain seperti penyakit serviks, eloklah ia diperiksa terlebih dulu.

Implan adalah antara kaedah pencegah kehamilan yang sangat berkesan. Saya musykil mengapa suami anda masih perlu menggunakan kondom.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KECEWA SEMBILAN KALI KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

Bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran berturut-turut, risiko keguguran seterusnya meningkat sehingga 40 peratus berbanding hanya 15 peratus bagi wanita berusia di bawah 40 tahun.

SAYA sudah sembilan tahun mendirikan rumah tangga, tetapi masih belum mempunyai cahaya mata. Saya sering keguguran apabila kandungan mencecah 12 minggu. Sehingga kini, saya sudah keguguran sembilan kali.

Setiap tahun saya hamil tetapi kecewa. Setiap keguguran juga dilakukan rawatan D&C kerana bayi meninggal dalam kandungan tetapi tidak keluar.

Saya juga sering mengalami pendarahan apabila usia kandungan mencecah 12 minggu. Semua pemeriksaan saya dan suami didapati tiada masalah, tetapi saya tetap keguguran apabila hamil. Saya memang teringin menimang cahaya mata dan harap doktor dapat memberikan pandangan.

Su,
Kuala Lumpur

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

ANDA tidak menyatakan usia anda. Keguguran berulang kali terutama apabila ia berturut-turut melebihi tiga kali perlu diperiksa puncanya.

Ini kerana bagi wanita yang mempunyai masalah keguguran berturut-turut, risiko keguguran seterusnya meningkat sehingga 40 peratus berbanding hanya 15 peratus bagi wanita berusia di bawah 40 tahun. Malah, sesetengah penyakit jika dialami meningkatkan risiko keguguran sehingga 60 peratus jika tidak dirawat.

Apakah yang anda maksudkan dengan semua ujian terbabit? Anda dinasihatkan berjumpa pakar sakit puan di hospital. Anda mungkin akan diminta menjalani pemeriksaan fizikal serta ujian darah seperti GTT bagi penyakit diabetes, profil hormon tiroid bagi penyakit tiroid, ujian bagi sindrom antifosfolipid, ujian bagi mengesan penyakit berkaitan pembekuan darah, ujian TORCHES bagi jangkitan kuman tertentu dan banyak lagi ujian darah. Di samping itu, doktor anda mungkin akan menjalankan imbasan ultrabunyi ke atas rahim dan ovari serta ujian sinaran-X (HSG) bagi mengetahui jika terdapat keabnormalan pada ruang dalam rahim.

Anda dan suami juga akan diminta menjalani ujian darah kromosom. Sudahkah anda menjalani ujian berkenaan?

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SEGERA JUMPA DOKTOR JIKA BENGKAK (SAKIT TUAN)

BENGKAK pada mana-mana bahagian tubuh badan boleh berlaku akibat alahan atau kesan sampingan ubat

SAYA berumur 46 tahun dan ini kali kedua saya mengalami keadaan alat sulit bengkak. Adakah bengkak ini boleh terjadi atas sebab tertentu?

Untuk pengetahuan doktor, saya tidak pernah melanggan pelacur tetapi yang merisaukan saya ia terjadi seolah-olah macam ada jangkitan kuman. Mungkin sewaktu membuang air kecil tangan saya tidak bersih. Apakah ubat yang boleh saya gunakan bagi melegakan bengkak ini?

Naim
Kota Tinggi, Johor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

BENGKAK pada mana-mana bahagian tubuh badan boleh berlaku akibat alahan atau kesan sampingan ubat.

Keadaan ini dikenali sebagai ‘angioneurotik edema’. Jarang bengkak berlaku akibat serangan kuman virus yang menyebabkan keradangan sistem limfatik.

Gejala ini akan bermula dengan demam dan kemudiannya perasaan sengal di bahagian kelengkang, timbul ketulan selain kulit anggota kelamin bahagian tempat berkhatan mengembang dan bengkak.

Apabila keradangan itu lega, maka bengkak akan lega namun ada kalanya ia mengambil masa.

Jika ia menjadi semakin ketara, ia memerlukan rawatan yang sepatutnya. Penyakit ini dikenali sebagai ‘lymphaedema’ atau kebengkakan sistem limfatik. Jika ia disebabkan jangkitan kuman, pemberian ubat antibiotik yang sesuai dapat melegakan jangkitan dan mengurangkan bengkak.

Jadi tanggapan anda yang mungkin terkena sentuhan tangan tak bersih itu kurang tepat kerana jangkitan ini boleh berlaku secara tiba-tiba dan pada bila-bila masa selain boleh berulang.

Apa yang mustahak anda perlu berjumpa doktor dan bukan sekadar makan ubat tanpa pemeriksaan. Langkah awal, tuam ais di tempat yang bengkak untuk kelegaan sementara.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

CECAIR HANYIR, MELEKIT (SAKIT TUAN)

SAYA berumur 22 tahun dan masih belum berkahwin. Masalahnya, kadangkala bahagian dubur saya terdapat lelehan cecair yang melekit dan baunya hanyir menyebabkan rasa gatal di bahagian itu.

Masalah ini menyebabkan seluar dalam saya di bahagian belakang seperti berdarah hasil cecair itu. Mohon doktor dapat memberi nasihat dan pandangan sewajarnya.

Yus,
Sungai Siput, Perak


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MASALAH
pengeluaran cecair dari lubang dubur boleh berlaku kepada lelaki dan perempuan. Untuk perempuan, kemungkinan berlaku itu lebih tinggi berikutan jangkitan kuman dan kulat boleh berlaku dari faraj.

Jangkitan dari faraj boleh menular ke lubang najis dan menghasilkan cecair yang pelbagai warna dan corak. Jangkitan juga boleh berlaku jika lubang dubur dirangsang dengan alat perangsang atau dijilat dalam aktiviti seks songsang.

Lapisan mukosa lubang dubur boleh menghasilkan cecair apabila mukosa itu radang akibat jangkitan.

Jarang kali cecair yang keluar dari dubur itu datang dari dalam usus yang terhasil akibat keradangan usus.

Ketumbuhan dari mukosa lubang dubur seperti ‘polyp’ dan buasir yang berdekatan pintu dubur juga boleh menghasilkan cecair tetapi jarang kali cecair itu berwarna coklat atau kelihatan macam darah.

Dalam masalah ini, anda perlu rujukan doktor. Doktor akan lakukan pemeriksaan dubur dengan alat pembuka dubur.

Sekiranya ada cecair melekit, doktor akan ambil calitan untuk dihantar ke makmal bagi diuji.

Suatu ketika dulu, cacing kerawit adalah salah satu penyebab lubang najis gatal dan mengeluarkan cecair. Jika kemungkinan ia berlaku, doktor akan memberi ubat pemusnah cacing kerawit seperti ‘Vermox’. Namun, dalam situasi anda, berjumpa doktor adalah langkah sewajarnya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

HENTI SEMENTARA AKTIVITI MELOMPAT (SAKIT TUAN)

 
Kegagalan untuk melakukan lompatan yang betul boleh menyebabkan terasa kejang, sengal dan senak


SAYA selalu melakukan aktiviti luar yang lasak seperti melompat dalam ketinggian dua ke tiga meter dan menyebabkan terasa seperti kejang, sengal dan senak di bawah bahagian zakar selepas membuat lompatan. Adakah ia normal bagi lelaki?

Imran
Klang, Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SEMUA aktiviti fizikal sememangnya akan mencergaskan tubuh badan dan membina otot serta tenaga badan. Bagaimanapun, sebelum melakukan aktiviti lasak, pengamalnya perlu lakukan latihan terlebih dulu mengenai cara untuk melakukan senaman lasak seperti cara melompat dan cara mengurangkan tekanan daripada hentakan ketika jatuh.

Hanya dengan mempelajari teknik yang betul, anda akan dapat mengurangkan risiko yang berlaku terhadap anggota tubuh badan.

Kemungkinan, kegagalan untuk melakukan lompatan yang betul menyebabkan anda terasa kejang, sengal dan senak di bahagian bawah pangkal zakar anda.

Sebenarnya bahagian yang anda nyatakan iaitu di bawah pangkal zakar terletaknya benteng otot kemut anda.

Sangat jarang berlaku kecederaan di bahagian berkenaan. Namun, dalam situasi anda, sebaik-baiknya hentikan aktiviti melompat buat sementara waktu hingga kecederaan itu lega. Ia akan mengambil masa lebih kurang tiga minggu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Friday 2 May 2014

Tertelan air mani lelaki (suami) bolehkah mengandung?



Ada sedikit pertanyaan mengenai masalah tertelan air mani.

Tertelan air mani lelaki (suami) bolehkah mengandung?

Adakah benar kenyataan iaitu apabila seorang isteri tertelan air mani suaminya, ia boleh menyebabkan si isteri hamil? Saya berharap doktor boleh menjelaskan masalah ini.

--------------------------------

KEHAMILAN berlaku apabila sperma berjaya menembusi ovum yang lazimnya