lambat pancut, tahan lama & lambat keluar air mani

Thursday 27 February 2014

TERINGIN LAHIR ANAK SECARA NORMAL (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 28 tahun dan mempunyai dua anak berusia tujuh dan lima tahun. Dua anak saya ini lahir secara caesarean.

Adakah saya boleh bersalin secara normal untuk anak ketiga? Suami sering meminta saya hamil lagi namun saya masih fobia untuk bersalin. Harap doktor dapat membantu.

Eima
Selangor.

BAGI wanita yang pernah melahirkan secara pembedahan caesarean jenis LSCS, lazimnya kelahiran seterusnya lebih selamat jika dilakukan secara pembedahan caesarean juga.

Ini bagi mengelakkan risiko koyakan parut lama pada dinding rahim yang boleh mengakibatkan tumpah darah berlebihan dalam masa yang singkat sehingga membahayakan nyawa ibu hamil terbabit dan kandungannya.

Walaupun risiko berkenaan tidaklah sampai lima peratus, dari sudut pengiraan statistik, ia suatu angka yang besar. Secara risiko, risiko ini meningkat sehingga empat kali ganda berbanding wanita yang pernah melalui hanya sekali pembedahan caesarean.

Sebagai perumpaan lain, sekiranya anda diberi pilihan laluan jalan untuk menempuh perjalanan, anda pasti akan memilih laluan yang lebih selamat. Biarlah anda dan bayi lebih selamat pulang ke rumah.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TEKNIK SELAMAT JARAK KELAHIRAN ANAK (SAKIT PUAN)

SAYA sudah mempunyai dua anak dengan jarak setahun. Saya ingin menjarakkan anak dan suami bersetuju untuk menggunakan teknik selamat iaitu memancut di luar.

Sekiranya selepas haid dan suami melakukan pancutan di dalam, apakah saya mempunyai risiko untuk hamil?

Zizi,
Kuala Lumpur.

SECARA amnya, risiko terbabit adalah sekitar 1:4. Ini bermakna bagi empat wanita yang menggunakan kaedah suami pancut di luar, seorang daripada mereka akan hamil.

Ini berbeza dengan kaedah kategori selamat di mana risiko hamil jauh lebih rendah iaitu sekitar dibawah 1 peratus.

Sekiranya anda tidak kisah jika hamil lagi, terpulang kepada anda untuk memilih kaedah suami pancut di luar ini, risiko anda mempunyai tiga anak berturutan tahun adalah 1:4. Risiko kelahiran ketiga ini hanya kurang jika anda mengalami keguguran atau menjalani proses pengguguran, namun pengguguran kehamilan bukanlah kaedah perancangan keluarga yang praktikal terutama jika dibuat berulang kali.

Jika anda benar-benar tidak ingin hamil dalam jangkamasa terbabit, anda perlu memikirkan kaedah yang jauh lebih berkesan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TAK DATANG HAID LEPAS DUA BULAN BERSALIN (SAKIT PUAN)

SAYA sudah dua bulan bersalin dan menyusukan anak sepenuhnya. Masalahnya saya belum didatangi haid dan jururawat memberitahu sekiranya hendak mengamalkan perancangan keluarga, saya perlu menunggu didatangi haid terlebih dulu.

Adakah mendatangkan kesan sampingan sekiranya saya mengambil pil perancang atau suntikan depo ketika ini tanpa menunggu haid yang tidak pasti ada? Harap doktor dapat membantu.

Lily,
Kuala Lumpur.

TIDAK perlu menunggu kedatangan haid jika anda pasti anda tidak hamil. Sekiranya anda belum mengadakan hubungan seks penetratif selepas kelahiran, anda boleh memulakan kaedah pencegah kehamilan seperti di atas.

Namun bagi penggunaan pil perancang, lazimnya ia dimulakan pada mana-mana hari dari hari pertama sehingga hari kelima dan diteruskan pengambilannya.

Sekiranya anda menyusu badan sepenuhnya dan masih belum didatangi haid, kaedah penyusuan badan ini boleh dipakai sebagai kedah pencegah kehamilan untuk tempoh dua bulan lagi.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Tuesday 25 February 2014

TERINGIN HAMIL LAGI (SAKIT PUAN)

SAYA berumur 35 tahun dan berada dalam keadaan sihat. Pada perkahwinan pertama, saya dikurniakan tiga anak dan ketiga-tiganya bersalin secara pembedahan.

Doktor sudah mengikat peranakan saya dan kemudian saya bercerai tiga tahun lalu. Kini saya sudah berkahwin dan teringin menimang cahaya mata dengan suami sekarang. Apakah yang perlu saya lakukan?

Untuk pengetahuan doktor, anak saya berumur 12 tahun, sembilan tahun dan bongsu, lapan tahun. Harap doktor dapat memberi pandangan.

Puan Ami,
Selangor

TERDAPAT dua perkara penting dalam keadaan anda.

Pertama, mengenai prosedur mengikat tiub fallopio. Saya meneka semasa pembedahan Caesarean terakhir, kaedah yang digunakan adalah memotong bahagian tengah tiub fallopio yang diikat, namun ada juga doktor yang turut memotong bahagian hujung tiub (fimbria).

Dalam keadaan struktur tiub fallopio sebegitu, ia tidak lagi ‘normal’ untuk mengambil telur daripada ovari, menjadi tempat persenyawaan telur oleh sperma, menolak embrio ke dalam ruang rahim dan seumpamanya. Walaupun potongan terbabit dicantumkan semula, panjang serta sifatnya tidak lagi seperti dahulu, malah risiko kehamilan luar rahim (ektopik) juga boleh meningkat.

Dalam keadaan di atas, peluang hamil terbaik adalah secara kaedah IVF (persenyawaan in-vitro atau tabung uji) kerana kaedah ini tidak memerlukan tiub fallopio.

Kedua adalah mengenai keadaan rahim anda. Adakah dinding rahim anda masih utuh untuk menanggung kehamilan dan kontraksi bersalin kelak?

Apakah keadaan ruang dalam pelvis sewaktu pembedahan terakhir? Adakah terdapat banyak perlekatan sehingga menyukarkan doktor melakukan pembedahan? Bagaimanakah keadaan organ penting berhampiran contohnya pundi kencing? Adakah terdapat perlekatan tebal dan banyak?

Seeloknya anda mendapatkan maklumat pembedahan terakhir dari hospital sebelum berjumpa doktor pakar sakit puan untuk mendapatkan penilaian.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

TUBUH LEBIH HORMON LELAKI (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 22 tahun dan mengalami masalah badan berjerawat serta mempunyai bulu yang banyak di kaki.

Adakah keadaan ini disebabkan hormon wanita saya yang berkurangan? Adakah sebarang suplemen yang doktor sarankan untuk menyelesaikan masalah ini?

Shaz,
Kuala Lumpur

ANDA mungkin mengalami keadaan berlebihan hormon lelaki yang dinamakan hiperandrogenimea. Seeloknya anda menjalani pemeriksaan doktor, sebolehnya pakar perubatan endokrinologi ataupun pakar sakit puan.

Terdapat beberapa penyakit fizikal yang boleh menyebabkan keadaan itu. Ada ubat hormon yang dapat mengurangkan hormon lelaki. Lazimnya ia mengambil masa sekitar tiga bulan sebelum menampakkan perubahan. Bagi menghilangkan bulu roma berlebihan itu, ada juga rawatannya.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BIMBANG KEADAAN TAK NORMAL (SAKIT PUAN)

SAYA baru saja bernikah selama dua minggu. Ketika pengalaman pertama bersama suami, saya mengalami pendarahan yang banyak.

Keadaan ini berlarutan sebanyak tiga kali apabila saya bersama suami. Adakah keadaan ini normal?

Saya ada bertanya kepada kawan-kawan yang sudah berpengalaman, tiada seorang pun antara mereka yang menempuh pengalaman serupa.

Adakah ini perkara biasa atau saya harus bertemu doktor?

Wawa,
Kuala Lumpur


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MUNGKIN ini disebabkan luka yang belum sembuh pada selaput dara. Bagaimanapun, mungkin ia disebabkan trauma pada bahagian lain, contohnya koyakan pada dinding faraj, luka pada serviks (pintu rahim) dan seumpamanya.

Berjumpalah pakar sakit puan. Lazimnya alat spekulum akan dimasukkan ke dalam faraj bagi membolehkan doktor melihat keseluruhan permukaan faraj dan serviks.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Monday 24 February 2014

SEPI DI RANJANG (SAKIT TUAN)

Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.

SAYA menerima pelbagai keluhan daripada pesakit mengenai pasangan mereka. Antara soalan yang sering diajukan ialah “adakah normal bagi suami tidak mengadakan hubungan seks dengan pasangan bagi tempoh yang lama sedangkan mereka baru berkahwin?”

Soalan ini sebenarnya agak sukar untuk saya jawab bagi pihak suami yang dipertikaikan. Bagi saya, hubungan seks satu keseronokan yang tiada bandingan jika dilakukan dalam ikatan perkahwinan.

Jika begitu, hubungan seks pasangan yang berkahwin sepatutnya benar-benar menyeronokkan dan tentu mereka tidak melepaskan peluang bersanggama tidak kira siang atau malam!

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Begitupun, perkara ini tidak berlaku pada sejumlah pasangan, sama ada suami kurang minat atau isteri sengaja mengelak persetubuhan. Lelaki yang pernah menceburi dunia fantasi seksual dan menghayati keseronokan seksual secara bersendirian akan sukar menikmati keseronokan itu bersama pasangan.

Ini kerana keseronokan yang dihayati selama ini datangnya daripada imaginasi mereka saja dan mengikut ragam serta perasaan kendiri, sedangkan kini mereka kena mengikut ragam pasangan masing-masing.

Lagipun, cengkaman tangan yang dilakukan terhadap anggota sulit sebenarnya lebih padat dan mendapat sentuhan, sedangkan cengkaman faraj pasangannya lembut dan tidak memberi tekanan diperlukan kepada anggota kelamin untuk mencapai klimaks.

Pendek kata, lelaki menjadi tidak seronok! Jadi mereka malas untuk melakukan persetubuhan. Perkara sama juga boleh dialami sesetengah isteri yang turut berjinak-jinak dengan amalan onani.

Jadi suami sukar memberi kepuasan kerana cara dilakukan isteri untuk memuaskan diri tidak dapat diberikan anggota kelamin suami. Kesudahannya, si isteri mengelak persetubuhan kecuali dalam keadaan terdesak seperti mahukan anak. Jadi amalan onani serius dan sukar dibendung jika terikat dengannya.

Saya pernah diberitahu seorang suami bahawa dia tidak berminat bersetubuh dengan isteri kerana farajnya berbau atau berair dan tidak mencengkam.

Ada juga suami yang mengatakan bahawa si isteri enggan mencuba posisi lain, sedangkan semua posisi yang suami ingin cuba tidak dilarang agama.

Ada juga suami yang hilang minat terhadap isteri kerana perubahan bentuk badannya iaitu gemuk dan tidak menghangatkan perasaan. Dalam keadaan tidak teruja, sukar mengadakan persetubuhan.

Ada isteri pula memberitahu, mereka kurang berminat kerana suami cepat klimaks atau ereksi tidak cukup keras dan keadaan itu menyakitkan.

Ada juga yang menyatakan ereksi suami tidak cukup padat untuk melakukan pelbagai posisi, oleh itu hubungan kelamin menjadi hambar kerana asyik melakukan satu posisi. Ada juga menyatakan suami berperut buncit manakala ereksinya terbenam.

Suami dan isteri perlu membaca catatan ini dan maklum bahawa hubungan seksual sebenarnya tanggungjawab dan tidak boleh diabaikan. Suami perlu memastikan isteri mendapat nikmat seksual yang secukupnya dan jika ada masalah dalam hal sebegini, rujuk kepada doktor atau pakar untuk rawatan.

Isteri pula perlu menjaga tubuh badan dalam usaha memberi kepuasan diidamkan suami. Menurut pandangan Islam, ini sedekah dan pahalanya sangat besar. Jadi, lakukan tanggungjawab anda bersama pasangan. Jika ada yang tidak kena, maklumkan pada pasangan dan cari penyelesaian sebaiknya demi kebahagiaan rumah tangga.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BESAR TIDAK SIHAT? (SAKIT TUAN)

ADAKAH normal bagi lelaki mempunyai testis yang agak besar? Ini kerana suami tidak berasa sakit atau menunjukkan tanda-tanda penyakit disebabkan keadaan itu. Saya musykil kerana testis suami saya besar berbanding lelaki lain.

Adakah ia kerana angin pasang dan apa cara merawatnya?

Liyana
Kuala Lumpur

UNTUK pengetahuan pembaca, sebilangan besar daripada masalah yang dialami lelaki seperti mati pucuk, cepat klimaks, kutil dan ketuat zakar, kerandut besar dan buah zakar besar dapat dikesan isteri. Sukar untuk menyatakan jika keadaan buah zakar besar berhubung dengan angin pasang atau masalah lain, kecuali suami anda jalani pemeriksaan dengan doktor.

Anda menyatakan suami tidak menunjukkan tanda sakit atau tidak selesa dalam keadaan itu. Selain angin pasang (keadaan ketulan usus masuk dalam kerandut buah zakar), keadaan buah zakar besar boleh dikaitkan dengan air pasang atau hidrosel (keadaan takungan cecair yang berlebihan dalam sampul buah zakar) atau pun buah zakar itu memang besar, maka kelihatan bergayut.

Anda boleh nyatakan kebimbangan terhadap apa yang anda lihat serta cadangkan suami berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

DUA MINIT NORMAL (SAKIT TUAN)

Bagi lelaki yang benar-benar mengalami cepat klimaks, iaitu mencapai ejakulasi kurang seminit, mereka perlu dapat rawatan doktor.

SAYA berumur 27 tahun dan menghadapi masalah pancutan pramatang. Sebelum melakukan hubungan intim, saya akan puaskan isteri menggunakan jari sehingga dia terangsang.

Selepas dia puas, saya terus mendayung tapi tidak sampai dua minit, saya terpancut disebabkan geli di kepala zakar kerana kemaluan isteri terlalu basah.

Adakah cara mengatasinya seperti ubat atau alatan penahan pancutan pramatang ini.

Bob
Kuantan


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

MENGIKUT definisi, cepat klimaks terjadi apabila ejakulasi berlaku kurang seminit. Masa dikira daripada kemasukan zakar ke dalam faraj sehingga ejakulasi berlaku. Jadi mengikut definasi ini, anda dianggap normal. Ramai lelaki menganggap hubungan seksual yang kurang daripada setengah jam, sebagai cepat klimaks.

Mereka juga mudah terpengaruh dengan kenyataan atau testimoni kawan atau iklan ubat kuat dan ubat tenaga lelaki mengenai ‘main lama.’

Bagi lelaki yang benar-benar mengalami cepat klimaks, iaitu mencapai ejakulasi kurang seminit, mereka perlu dapat rawatan doktor. Doktor akan ajar cara bersetubuh secara mengawal pergerakan zakar dalam faraj supaya tidak memberi tekanan kepada penghujung zakar yang sensitif. Ubat kebas atau gel anaestetik akan diberi untuk mengurangkan rasa di penghujung zakar.

Ubat ini tidak sama dengan gel atau krim kebas yang dijual di luar yang boleh merosakkan kulit. Paling mustahak ialah mencuba selesaikan sendiri dengan lebih kerap melakukan seks, mengulanginya untuk beberapa kali, melakukan dengan mengawal pergerakan zakar dalam faraj dengan mengelakkan geselan penghujung zakar ke bahagian faraj yang sempit seperti pembukaan faraj dan menggunakan cincin penambat zakar untuk mengekalkan ereksi supaya boleh meneruskan dayungan.

Cara anda lakukan hubungan intim dengan pasangan anda boleh dikatakan sebagai cara memberi keseronokan kepadanya.

Saya pasti lama-kelamaan anda akan dapat meningkatkan lagi tempoh dayungan dengan kawalan yang lebih mantap. Itu lebih baik daripada bergantung pada ubat yang bukan-bukan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Sunday 23 February 2014

Menjaga payudara wanita


Menjaga payudara wanita

Di bawah ini antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda

1. Lakukan pemeriksaan

Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu

Thursday 20 February 2014

3 ASAS PENGURUSAN WANG (KEWANGAN)

TIDAK dapat dinafikan lagi ilmu pengurusan wang adalah wajib diketahui oleh semua orang. Disebabkan kesibukan melakukan urusan harian, tidak semua orang ada masa untuk belajar pengurusan wang. Jadi, artikel ini akan menjelaskan tiga asas untuk membantu anda menguruskan wang. Pengurusan wang akan lebih mudah jika anda faham tiga asas ini.

Asas Pertama: Belajar Bagaimana Hendak Cari Duit

Untuk hidup dalam keadaan bebas hutang, anda perlu tahu cara untuk cari duit. Walaupun anda bekerja makan gaji dan gaji anda tetap, anda perlu cari cara untuk cari duit lebih banyak. Anda boleh kerja overtime atau cari kerja part time yang tidak membebankan. Otak anda perlu ligat mencari cara untuk mencari wang lebih. Jangan hanya bergantung pada satu sumber sahaja.

Asas Kedua: Simpan Wang

Asas kedua dalam pengurusan wang adalah simpan. Anda perlu belajar bagaimana hendak simpan wang. Setiap bulan tetapkan jumlah tetap untuk anda simpan ke dalam bank. Jika ada wang lebih, simpan lebih. Namun, jangan kurangkan jumlah simpanan kerana secara psikologi akan memberi kesan pada anda.

Asas Ketiga: Tahu Cara Hendak Besarkan Nilai Wang Yang Anda Miliki

Asas ketiga adalah pelaburan. Jika anda simpan semua wang ke dalam bank, anda akan rugi. Belajar cara untuk biakkan duit dengan melabur. Anda boleh melabur di Amanah Saham, Bursa Saham Kuala Lumpur dan perniagaan part time anda. Simpanan wang perlu ada tetapi jangan simpan semua. Gunakan sebahagian untuk melabur. Jika anda untung, pasti anda akan tersenyum lebar. Jika rugi jangan melatah sebaliknya belajar cara untuk dapat untung.

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

SINDROM SAKIT SENDI FACET TENGKUK (KESIHATAN)

PENYAKIT seperti ini telah dikenal pasti menjadi trend dewasa ini yang menimpa ramai masyarakat yang umur mereka masih muda iaitu sekitar 30-an ke atas terutama yang bekerja menghadap komputer seharian.

Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkuk atau cervical facet syndrome.

Penyakit ini katanya, sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku sepanjang tulang belakang.

Bahagian paling biasa berlaku ialah di pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian ini pada tulang belakang yang paling banyak melakukan pergerakan (wear and tear).

Sakit pada tengkuk jelasnya, akan lebih ketara waktu pagi selain rasa kejang, pening atau rasa terhoyong-hayang juga boleh menyusul. Selain daripada itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi menebal dan sangat sakit bila dipicit.

Pesakit juga jelasnya akan berasa lemah pada otot bahu sehingga tidak dapat bertahan lama jika mengangkat tangan seperti membaca akhbar atau menyidai baju di ampaian. Rasa seperti kebas pada tangan atau jari-jari juga menyusul sehingga adakalanya pen atau cawan yang dipegang terlepas.

Dr. Nizar memaklumkan, penyakit ini sepatutnya dialami oleh mereka yang berumur terutama 60 ke 70 tahun dan ke atas kerana penyakit ini berkaitan dengan proses penuaan melibatkan sakit sendi artritis seperti juga sakit lutut.

Namun trend sekarang ini memperlihatkan ramai orang muda mengalaminya dan paling banyak menghidap penyakit ini adalah golongan wanita dengan nisbah 10 orang yang mengalami kesakitan ini tujuh daripadanya adalah golongan Hawa.

"Ini agak merisaukan kerana trend penyakit orang tua kini dialami oleh orang-orang muda yang sedang produktif menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja mereka dengan sempurna. Ini kerana ada yang tiba-tiba pening, terhoyong-hayang (dizzy) dan pitam apabila sedang bekerja dan ada yang sampai ke tahap kritikal tidak boleh berjalan atau memandu. Selain daripada itu, ramai juga yang menerima simptom mudah lupa, hilang konsentrasi dan mengantuk," katanya.

Penyebab sakit sendi facet tengkuk

Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sakit sendi facet tengkuk pada usia muda.

Antaranya, mungkin disebabkan oleh si penghidapnya pernah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tengkuk lalu mencetuskan proses penuaan pada sendi facet tersebut.

Kesakitan sendi facet ini akan timbul setelah beberapa tahun kemudian. Penyebab lain yang banyak dikenal pasti ialah kesilapan postur kepala, tangan dan tengkuk semasa bekerja di pejabat.

Perlu diingatkan bahawa posisi leher menegak yang statik ketika bekerja depan komputer merupakan satu bentuk kerja keras melampau yang boleh mencetuskan penuaan pada sendi facet tengkuk ini.

"Terlalu aktif bersukan semasa umur muda di peringkat sekolah juga telah dikenal pasti salah satu penyebabnya," jelas Dr. Nizar.

Ujar Dr. Nizar, jika si penghidapnya berhadapan dengan kemalangan sebelum ini, penyakit ini adalah susulan akibat hayunan kuat pada tulang tengkuk menyebabkan kerosakan pada sendi facet.

Kemalangan bagaimanapun secara umumnya tragedi yang tidak boleh dielakkan.

Bagi kerjaya pula kemungkinan individu ini berhadapan dengan komputer untuk seharian waktu, cara dia duduk, postur badan, egonomik, mungkin kedudukannya ketika di hadapan komputer tidak seimbang dengan kerusi dan sebagainya memungkinkan individu berkenaan menghidap sakit ini.

Oleh itu pekerja pejabat perlu prihatin tentang penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mengelakkan daripada sakit ini berlaku.

"Jadi salahlah apabila orang berkata bekerja duduk sahaja di pejabat adalah kerja yang ringan kerana tengkuk golongan ini terpaksa bekerja keras menampung kepala sehingga menimbulkan kesakitan," jelasnya.

Simptom klasik sakit sendi facet tengkuk

Dalam pada itu Dr. Nizar memberitahu antara simptom klasik sakit sendi facet tengkuk ini adalah sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga "menangkap" ke mata dan penglihatan akan menjadi rabun.

Dalam keadaan lain menurut beliau, ramai penghidap penyakit ini akan terasa seolah-olah pening (hanyut) seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, manakala perut akan banyak angin menjadikan gastrik.

Selain daripada itu penyakit ini juga boleh mimic (mirip) seperti penyakit ENT (sakit mata, hidung dan tekak) dan juga seperti sakit jantung dan asma menyebabkan pesakit rasa sesak nafas dan sakit dada.

Ini disebabkan otot pada dada menjadi kejang dan mencengkam menyebabkan susah untuk bernafas.

Biasanya pesakit akan panik dan cepat-cepat pergi berjumpa doktor pakar jantung untuk pemeriksaan.

Pandai meniru


Penyakit ini juga pandai meniru sakit gastrik. Pesakit akan mengeluh memberitahu perutnya banyak angin dan selalu sendawa terutamanya jika dipicit di otot bahu dan leher.

"Banyak pesakit akan tersasar dan berjumpa doktor gastro dan pemeriksaan gastroendoscopy dilakukan. Seperti dijangka, hasilnya negatif atau cuma ada sedikit gastrik," ujarnya lagi.

Apa yang membimbangkan, kesakitan ini tidak akan berkurangan malah akan berterusan seumur hidup seiring dengan usia selagi faktor-faktor egonomik dan cara hidup tidak berubah.

- Rosmah Dain

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

UJIAN RUTIN SEMASA HAMIL (SAKIT PUAN)

Soalan

SEMASA pemeriksaan kehamilan baru-baru ini, jururawat ada mengambil darah saya untuk membuat ujian kumpulan darah dan juga rhesus. Saya tidak tahu apakah kepentingan mengetahui jenis rhesus wanita hamil. Saya amat mengharap agar doktor dapat membantu saya.

Puan Salina, Ulu Langat

Jawapan

SETIAP wanita hamil dikehendaki memeriksa kumpulan darah, bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui jenis kumpulan darah sama ada A, B, AB atau O tetapi untuk mengenal pasti jenis rhesus. Rhesus merupakan satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah. Rhesus terbahagi kepada dua iaitu rhesus positif atau rhesus negatif.

Permasalahan rhesus semasa hamil boleh berlaku apabila wanita yang negatif mempunyai pasangan rhesus positif. Hal ini boleh memberi kesan kepada janin yang dikandung jika bayi atau janin tersebut mempunyai rhesus jenis positif. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah daripada anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi (antibodi anti-D) yang memusnahkan sel-sel darah rhesus positif bayi.

Jika janin mempunyai rhesus positif, masalah boleh timbul jika sel darah janin bercampur dengan sel darah ibu. Jika tidak dirawat, sel darah ibu akan membentuk antibodi yang akan memusnahkan sel-sel darah rhesus positif janin. Antibodi yang terbentuk ini boleh memberi masalah kepada janin dan boleh mengakibatkan kematian janin.

Pembentukan antibodi ini boleh terjadi dalam keadaan berikut, iaitu:

i. Kelahiran yang lebih cenderung dalam pembedahan caesarean, kelahiran kembar dan kelahiran stillbirth.

ii. Prosedur D & C.

iii. Prosedur mengeluarkan uri yang lambat lekang selepas bersalin (manual removal of the placenta).

iv. Prosedur tertentu sewaktu kehamilan. Contohnya, amniosentesis dan chorionic villous sampling ketiga seperti kemalangan, hentakan dan sebagainya.

Antibodi (antibodi anti-D) yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan dan kalau seseorang itu telah dijangkiti demam campak, badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya.

Jadi, jika seseorang ibu mengandung kali kedua dan kandungan anak itu positif, antibodi daripada ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan hydrops fetalis.

Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah rhesus.

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)

Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Wednesday 19 February 2014

AMPUTASI BUKAN PENYELESAIAN KAKI DIABETES (KESIHATAN)

SEORANG warga emas berusia 65 tahun telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Ampang, Selangor kerana tapak kakinya luka terkena kayu menyebabkan dua jarinya lebam.

Wanita berkenaan menghidap diabetes sejak enam tahun lalu dan mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran tempat tinggalnya.

Tiba di bahagian kecemasan hospital berkenaan, wanita berkenaan di x-ray dan disaran untuk diamputasi jari kaki kedua dan ketiga serta-merta.

Dua hari selepas amputasi, dia dibenarkan keluar dari wad walaupun masih lemah dan muntah mungkin akibat tindak balas ubat.

Empat hari selepas itu, warga emas itu demam dan muntah mungkin akibat jangkitan kuman, dia dimasukkan semula ke wad.

Pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi membuang jangkitan pada luka berkenaan dan selepas itu doktor menyarankan dilkukan amputasi bawah lutut walaupun kakinya masih elok.

Tidak setuju dengan saranan doktor, wanita itu minta dikeluarkan dari wad hospital bagi merawat lukanya sendiri.

Dalam masa empat bulan, lukanya semakin sembuh, malang kakinya bisul menyebabkan bengkak dan kali ini dibawa ke klinik swasta yang mempunyai pakar vaskular.

Selepas diperiksa, pakar vaskular mendapati sistem peredaran darah wanita ini tidak menghadapi sebarang masalah dan tidak perlu dilakukan amputasi bawah lutut seperti disaran dan hanya perlu dilakukan pembedahan kecil bagi bisul untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.

Pakar vaskular itu merujuk kes itu ke hospital kerajaan tempat wanita berkenaan diamputasi jarinya, dengan surat rujukan supaya hanya sebahagian kecil kaki dibedah. Bagaimanapun saranannya tidak diterima dan pakar ortopedik tetap berkeras dengan amputasi bawah lutut.

Tidak setuju dengan saranan pakar ortopedik, warga emas berkenaan meminta untuk keluar dari hospital.

Menurut pakar runding dan bedah vaskular, Hospital Pakar Damansara, Dr. Ho Teik Kok, komplikasi kaki diabetes amat berkaitan dengan bidang vaskular.

Bidang vaskular hampir sama dengan kardiovaskular cuma bezanya kardiovaskular berkaitan dengan jantung manakala vaskular berkaitan dengan arteri dan vena dalam sistem pembuluh darah kecuali jantung dan otak.

"Sistem kardiovaskular diambil daripada perkataan kardio iaitu jantung dan vaskular pula bermaksud sistem atau rangkaian saluran darah.

"Penyakit sistem berkenaan dinamakan penyakit kardiovaskular," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Arterosklerosis adalah punca paling biasa yang menyebabkan arteri atau salur darah mengeras dan sempit akibat pembentukan plak.

Ini menyebabkan saluran darah tersumbat dan darah gagal sampai ke organ-organ yang memerlukan terutama kaki yang jauh daripada jantung dan mempunyai salur darah halus di hujung jari.

"Ini biasanya berlaku kepada pesakit diabetes mellitus, darah tinggi, kolesterol dan penghisap rokok tegar," katanya.

Arterosklerosis boleh berlaku dalam arteri di jantung (koronari), otak (karotid), abdomen atau perut (aorta), kaki dan arteri di bahagian lain badan.

AAA biasanya disebabkan oleh genetik, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, merokok atau tisu kognitif yang lemah sering berlaku kepada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Pembedahan biasanya akan dilakukan jika aorta membesar melebihi 5.5 sentimeter. Biasanya pembedahan terbuka dari dada ke perut dan mengambil masa untuk sembuh.

"Tetapi kini hanya pembedahan kecil menggunakan X-ray bagi memasukkan graf ke tempatnya," katanya.

Bagaimanapun bukan semua pesakit sesuai menjalani EVAR dan mereka perlu mendapat nasihat doktor pakar.

Masalah tangan, kaki atau ketiak berpeluh berlebihan juga boleh diatasi oleh pakar vaskular.

"Suntikan botoks diberikan pada tapak tangan atau kaki yang berpeluh.

"Bagi ketiak pula, pembedahan kecil dilakukan bagi mengeluarkan kelenjar peluh.

"Mereka juga boleh menggunakan mesin iontophoresis sebanyak tiga atau empat kali rawatan sehingga peluh kering," katanya.

»Rawatan

mini strok


Selain itu pakar vaskular juga boleh merawat mini strok daripada menjadi strok.

"Biasanya sebelum terjadi strok, pesakit akan mendapat amaran awal seperti sebelah badan lemah atau muka herot.

"Tetapi keadaan itu boleh pulih dalam masa beberapa jam. Ini dinamakan mini strok," kata Dr. Ho.

Keadaan ini penting sebagai amaran awal sebelum pesakit mendapat strok penuh yang boleh diatasi dengan rawatan awal.

"Bahagian leher pesakit akan diimbas bagi melihat arteri utama yang menyalurkan darah ke otak," katanya

Arteri sempit yang disebabkan oleh timbunan plak kolestrol akan dibedah bagi mengurangkan pesakit mendapat risiko strok kekal.

Dr. Ho berkata, pakar vaskular juga mengatasi masalah anurisme abdominal aortic (AAA) di mana saluran darah paling besar (aorta) di perut mengembang.

"Jika tidak dirawat, aorta yang mengembang boleh pecah dan menyebabkan kematian.

"Biasanya pesakit akan mengadu sakit perut dan sakit belakang."

»Peripheral Arterial Disease

Kaki diabetes biasanya dikaitkan dengan Peripheral Arterial Disease di mana aliran darah ke kaki tersumbat kerana plak atau timbunan arterisklerosis.

Biasanya pesakit menderita akibat kesakitan di otot kaki semasa berjalan dan lega selepas berehat.

Keadaan bertambah teruk apabila kaki terluka dan sukar untuk sembuh disebabkan darah tidak sampai ke kawasan yang luka dan kadang kala menyebabkan gangren.

Bagaimanapun jelas Dr. Ho, keadaan kaki diabetes boleh diperbaiki jika mendapat rawatan awal dan tidak memerlukan amputasi.

"Pesakit dinasihatkan memeriksa sistem peredaran darah di kaki dengan menjalani CT Angiogram.

"Jika terdapat masalah dalam sistem peredaran darah, pesakit boleh rujuk kepada pakar vaskular untuk rawatan angiogplasti dan bypass pada urat kaki sama seperti di jantung," katanya.

Apabila sistem peredaran darah telah diperbetulkan, luka pada kaki pesakit diabetes akan cepat sembuh.

"Jadi amputasi adalah jalan paling akhir bagi pesakit diabetes yang mempunyai masalah berkaitan kaki," katanya.

Selain kaki diabetes, Varicose Veins atau vena verikos iaitu masalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal, menyakitkan, pengaliran darah yang kurang normal dan timbul di permukaan kulit boleh diatasi oleh pakar vaskular.

Dr. Ho berkata, walaupun vena verikos tidak begitu berbahaya tetapi ia berisiko menyebabkan pendarahan jika terluka atau pecah.

"Ini disebabkan oleh injap yang rosak dan kawasan di betis dan peha akan berubah warna biru seperti lebam," katanya.

Biasanya vena verikos akan menyebabkan keadaan tidak selesa, gatal, kulit kering, ulser atau luka.

"Keadaan ini boleh dirawat dengan radiofrekuensi atau laser dalam masa yang singkat dan pesakit boleh balik ke rumah pada hari yang sama," katanya.

Dr. Ho Teik Kok

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

KEPEDIHAN ULU HATI (SAKIT PUAN)

 
Pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil

Soalan

SAYA baharu sahaja melakukan ujian kehamilan di rumah dan keputusannya positif. Saya merasa amat tidak selesa sejak seminggu dua ini dan kerap terasa pedih di hulu hati. Saya amat berharap agar doktor dapat membantu saya, apakah sebenarnya masalah ini. Adakah ini perkara biasa?

Puan Salmiah
Negeri Sembilan

Jawapan

KETIDAKCERNAAN atau pedih ulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil. Walaupun menyakitkan, pedih hulu hati ialah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi. Pedih hulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit. Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam rahim. Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui saluran tersebut dan menyebabkan rasa terbakar. Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab. Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pengosongan perut menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Masalah pedih hulu hati merupakan gejala yang biasa dialami wanita hamil. Ini menyebabkan rasa kembung dan tidak selesa selepas makan mungkin berpunca daripada tahap hormon yang tinggi dihasilkan oleh badan anda pada awal kehamilan mengendurkan otot-otot di seluruh badan. Keadaan ini termasuklah otot-otot dalam sistem pencernaan anda dan menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat. Akibatnya, anda akan berasa seperti kembung, pedih hulu hati, loya atau memuntahkan sisa makanan. Kesan ketidakcernaan tidak menjejaskan bayi. Sistem pencernaan anda yang perlahan mungkin berfaedah bagi bayi kerana ia memberikan lebih masa kepada badan untuk menyalurkan nutrien melalui plasenta yang akan disalurkan kepada bayi atau janin.

Cara melegakan pedih hulu hati

Anda mungkin terpaksa bertahan dengan masalah ini semasa hamil, tetapi ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk melega atau mengelakkan kembung iaitu mengelak dari memberi tekanan berlebihan kepada perut anda semasa ia sedang mencernakan makanan selepas makan. Duduk tegak, pakai pakaian yang longgar dan selesa, dan tunggu sekurang-kurangnya satu jam selepas makan sebelum anda baring. Jika anda perlu membongkok, bengkokkan lutut dan bukannya pinggang.

Anda juga dinasihatkan makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari, berbanding makan tiga hidangan besar. Ambil masa untuk makan dan kunyah makanan sehingga benar-benar hancur. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan ketidakcernaan termasuk makanan yang berlemak, pedas, coklat dan jus buah-buahan. Anda boleh cuba simpan diari makanan untuk melihat makanan mana yang membuatkan simptom anda menjadi lebih teruk.

Minuman yang mengandungi kafein atau alkohol juga boleh memburukkan lagi ketidakcernaan. Lagipun, anda memang perlu mengurangkan pengambilan bahan-bahan ini.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA KEMURUNGAN (KESIHATAN)

LAPORAN Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyebut kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara sembilan hingga 12 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala tahun 2012 pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang.

Antara faktor yang menjadi penyumbangnya adalah masalah gangguan mental atau emosi. Dengan bahasa mudah, ia berkaitan aspek kemurungan berpanjangan yang berpunca daripada tekanan atau bebanan kerja.

Kemurungan sedemikian bukan hanya menyebabkan seseorang itu mempunyai idea untuk bunuh diri tetapi turut merancang dan juga melakukan cubaan bunuh diri.

Menurut Pensyarah dan Pakar Psikiatri Pusat Perubahan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Marhani Midin, dalam satu kajian menunjukkan bahawa mereka yang berumur antara 16 hingga 24 tahun lebih cenderung untuk bunuh diri atas pelbagai sebab.

Malah, beliau berkata, pegangan agama yang semakin longgar dalam kalangan remaja atau golongan muda Islam akibat pengaruh internet, turut menyebabkan mereka hilang pedoman sehingga sanggup mengambil tindakan bunuh diri.

Antara tanda atau ciri-ciri kemurungan daripada segi klinikal adalah cara berpakaian, air muka yang tidak ceria, cepat putus asa dan bercakap dalam satu nada sahaja.

Selalunya, individu terbabit berpandangan negatif pada diri sendiri, orang sekeliling dan juga masa depannya sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya di PPUKM, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Marhani turut menyenaraikan faktor biologi, sosial dan psikologi sebagai antara punca utama yang membawa kepada kemurungan seseorang individu tanpa mengira jantina, umur atau agama.

Bahan kimia

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada segi biologi, ia disebabkan oleh kandungan bahan kimia dalam otak individu terbabit iaitu Serotonin dan Noradrenalin berada di tahap rendah.

Kenapa bahan kimia itu rendah? Ia kerana masalah kewangan, rumah tangga, personaliti, pengalaman semasa kanak-kanak seperti penderaan seksual dan lain-lain yang boleh mencetus kemurungan," katanya.

Katanya lagi, faktor sosial pula disebabkan oleh kesempitan duit, penderaan domestik, memiliki penyakit yang menyebabkannya tidak boleh bekerja dan sebagainya.

Faktor psikologi pula dilihat pada personaliti seseorang yang dibentuk semasa dia masih kecil. Mungkin wujud penderaan, buli, obses kepada kesempurnaan dan lain-lain lagi," katanya.

Tanda-tanda kemurungan bermula dengan wujudnya perasaan sedih yang berpanjangan atau dengan kata lain, individu terbabit tidak boleh menikmati rasa kegembiraan dalam kehidupan sehariannya.

Selain itu, individu terbabit turut mengalami masalah untuk tidur, sama ada susah hendak lena, mudah terjaga atau bangun tidur terlalu awal.

Mereka juga akan hilang tumpuan, selera makan, minat kepada sesuatu aktiviti dan paling bahaya sekali adalah hilang harapan kerana ia akan lebih cenderung kepada idea untuk membunuh diri," kata Dr. Marhani.

Potensi pulih


Seperti mana penyakit lain, Dr. Marhani menjelaskan, kemurungan turut mempunyai potensi untuk pulih tetapi ia banyak bergantung kepada sejauh manakah komitment pesakit itu mematuhi arahan rawatan yang dikeluarkan oleh doktor atau pakar psikiatri.

Kalau dirawat dengan betul, peratusan untuk dikawal atau sembuh agak tinggi walaupun ia sejenis penyakit yang boleh berulang," katanya.

Beliau berkata, daripada segi rawatan klinikal, penyakit itu boleh dirawat dengan ubat anti kemurungan tetapi bergantung kepada sejauh mana tahap keseriusan penyakit kemurungan yang dialaminya.

Tambahnya lagi, selain diberikan penerangan tentang penyakit kemurungan yang dialaminya, pesakit akan turut diberi sokongan moral bahawa penyakitnya itu berpotensi untuk pulih atau di kawal.

Kami juga akan menyiasat latar belakang punca yang mencetuskan kemurungan itu dan seterusnys menyalurkan bantuan yang sesuai bagi menyelesaikan punca tercetusnya penyakit itu," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Marhani turut menggariskan dua cara untuk menangani tekanan iaitu individu terbabit perlu sedar bahawa dia sedang mengalami masalah yang berpotensi mencetus kemurungan.

Kesedaran sedemikian penting bagi membolehkan dia fokus kepada pemasalahan yang dihadapi dan berusaha untuk menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata lagi, kalau sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut, dia perlu melakukan sesuatu aktiviti yang boleh dia lupakannya untuk seketika, seperti menonton wayang, bersukan atau keluar beriadah bersama kawan-kawan.

Saya percaya tindakan tersebut akan memberikan peluang kepada seseorang itu untuk berfikiran lebih waras dalam mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi," katanya.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

AWAS! WANITA MEROKOK (SAKIT PUAN)

KEBANYAKAN kita setuju jika dikatakan wanita sekarang lebih moden, maju, berjaya dan berpelajaran.

Di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan.

Lebih membimbangkan, satu kajian dari Universiti Amsterdam, Belanda baru-baru ini mendapati tabiat itu yang diamalkan ketika mengandung boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi seorang homoseksual.

Pakar neurobiologi Universiti Amsterdam, Profesor Dr. Dick Swaab berkata, selain tabiat merokok, pengambilan alkohol juga boleh membuatkan anak menjadi bodoh.

Melalui kajiannya itu, Swaab mendapati gaya hidup seorang wanita mengandung secara tidak langsung boleh mempengaruhi seksualiti dan tahap pemikiran anak mereka.

Jelasnya, pengambilan dadah atau tinggal di kawasan yang udaranya tercemar memberi kesan buruk kepada perkembangan janin dan mempengaruhi proses pembesaran bayi.

"Pengambilan hormon sintetik dan tabiat merokok semasa mengandung boleh meningkatkan peluang untuk anak yang dilahirkan menjadi homoseksual.

"Pengambilan alkohol, pula boleh menyebabkan tahap pemikiran anak menjadi lemah," jelasnya.

Adakah kajian ini benar?

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Dr. Mathi Arasu Muthusamy, fakta yang mengatakan wanita hamil yang merokok boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan menjadi homoseksual sebenarnya belum ada bukti yang kukuh.

"Walaupun ada kajian yang dibuat, masih belum ada bukti yang mengatakan kecenderungan anak yang dilahirkan menjadi homoseksual dipengaruhi oleh tabiat merokok. Pun begitu, wanita hamil yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat mungkin boleh memberi kesan genetik kepada kandungannya.

"Sebenarnya, mereka yang merokok ketika hamil, berisiko menghidap penyakit yang lebih kronik. Pada pendapat saya, kajian tersebut secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada wanita hamil supaya tidak merokok," ujarnya.

Kesan buruk kepada wanita

Dr. Mathi memberitahu, merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta melahirkan.

"Alangkah baiknya jika wanita itu sendiri tahu bahawa merokok meningkatkan risiko mereka mendapat barah pangkal rahim dan barah payu dara sebelum menopaus.

"Jika perokok lelaki sering dikaitkan dengan penyakit paru-paru, wanita sebenarnya mempunyai masalah yang lebih serius. Golongan ini berisiko mengalami masalah reproduktif dan kanser. Wanita yang merokok akan menggandakan risiko menghidap kanser pangkal rahim," jelasnya.

Tambahnya, merokok dalam kalangan wanita mempercepatkan hilangnya telur dan menjejaskan fungsi reproduktif atau kesuburan, malah perokok wanita berisiko tinggi untuk mendapat haid tidak normal selain mempercepatkan proses menopaus beberapa tahun lebih awal daripada wanita tidak merokok.

Ini kerana merokok mengganggu keupayaan sel dalam ovari menghasilkan estrogen, menyebabkan telur wanita lebih mudah menghasilkan kerosakan genetik.

Beliau menekankan, jika dibandingkan dengan wanita tidak merokok, perokok wanita berkemungkinan mengalami ketidaksuburan yang boleh melewatkan proses kehamilan.

Dr. Mathi berkata daripada bukti sehingga kini, nampaknya wanita yang merokok lebih cenderung untuk mengalami kesakitan semasa datang haid dan putus haid pula berlaku lebih awal iaitu kira-kira setahun atau dua tahun lebih awal berbanding dengan yang tidak merokok.

"Wanita hamil yang merokok lebih banyak melahirkan bayi yang meninggal dunia jika dibandingkan dengan wanita hamil yang bukan perokok. Seandainya bayi itu lahir normal, maka bayi wanita perokok lebih ramai meninggal dunia pada bulan-bulan pertama kehidupannya. Dalam daun tembakau umumnya terdapat satu hingga tiga peratus dadah nikotin.

"Bayangkanlah apa yang mampu dilakukan oleh nikotin terhadap janin. Asap daripada setiap batang rokok mengandungi tar dan apabila meluap mengandungi pelbagai bahan kimia, termasuk sesetengah yang menyebabkan penyakit kanser. Nikotin akan menyebabkan ketagihan selain bahaya karbon monoksida, sejenis gas yang mampu membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen," katanya.

Selain itu, bahaya merokok boleh memberi kesan kepada pertumbuhan janin disebabkan oleh penurunan aliran darah ke dalam plasenta, peningkatan kadar kematian janin (semasa peringkat perinatal), kecacatan kepada bayi seperti kecacatan pada bibir dan lelangit (cleft lip dan palate), peningkatan risiko untuk mengalami sawan, kelahiran sebelum tempoh matang (atau tidak cukup bulan), keguguran, penurunan berat badan bayi sebanyak 150 hingga 200 gram dan perkembangan sistem saraf yang tidak normal.

Beliau menjelaskan, bayi juga berisiko tinggi untuk mendapat asma dan sindrom kematian bayi mengejut (cot death). Kesemua risiko tersebut lebih besar kemungkinan berlaku ke atas wanita atau ibu yang merokok berbanding dengan yang tidak merokok.

Pencegahan

Dr. Mathi menasihatkan wanita hamil yang merokok supaya berhenti merokok.

"Bagi mereka yang mempunyai pasangan yang merokok, elakkan diri daripada terhidu asap rokok. Dalam masa yang sama, elakkan diri daripada tempat sosial yang terdedah dengan asap rokok.

"Kepada perokok, ambil ubat jika perlu. Ia boleh membantu meredakan rasa ketagihan dan tekanan. Anda boleh mengambil gula getah bernakotin, lozenges dan lain-lain. Doktor anda juga boleh memberi ubat. Menggunakan produk pengganti nakotin atau ubat lain mampu melipat gandakan peluang anda untuk berhenti merokok," katanya.

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI

Masalah dan penyakit pernafasan

Perkembangan kecerdasan otot terjejas

Jangkitan telinga

Leukemia

Kanser otak

Lelah - meningkatkan simptom lelah

Sindrom kematian secara mengejut.

TIP BERHENTI MEROKOK

Bila terasa ingin mengepit rokok di jari, cuba pegang sesuatu yang lain seperti pensil, buku, memasak atau menulis yang mampu membuatkan anda lupa untuk mengambil rokok

Jika merokok untuk rasa kepuasan melalui mulut, gantikan ia dengan memakan makanan berkhasiat seperti sayuran mentah, bertih jagung atau roti gandum

Jika merokok untuk merangsang semangat tubuh, cuba lupakan dengan berjalan cepat, membaca bahan bacaan menarik atau berbincang topik menyenangkan. Pastikan diet anda mengandungi bahan nutrisi yang penting dan anda tetap makan secara teratur untuk mencegah rasa lesu kerana kadar gula rendah

Andai anda merokok untuk mengurangkan stres, atasi ia dengan mendengar muzik yang menyenangkan, berjalan jauh atau melakukan sesuatu yang menggembirakan anda

Jika anda merokok untuk mendapatkan kesenangan, cari kesenangan dengan cara lain dan pilih suasana tidak ada orang yang merokok

Bila anda merokok kerana kebiasaan, hindari situasi yang menyebabkan anda terdorong berbuat demikian seperti bergaul dengan teman yang merokok dan pilih kawasan yang tidak dibenarkan merokok

Bila anda merokok sambil makan makanan atau minuman tertentu, elakkan makan dan minuman berkenaan dan makan di lokasi lain

Bila terasa ingin merokok, tarik nafas dalam-dalam dengan berhenti sebentar pada akhir tarikan nafas. Tahan nafas sementara anda menyalakan pemetik api. Keluarkan nafas perlahan-lahan dan tiup pemetik api terbabit. Bayangkan ia sebatang rokok dan buang.

KESIMPULAN

Merokok menyebabkan fungsi ovari merosot dan memberi kesan buruk kepada sperma

Merokok menyebabkan proses IVF lebih sukar

Merokok memberi kesan kepada anak dalam kandungan

Pasangan yang merancang mendapat bayi perlu elak merokok dan pendedahan menjadi perokok pasif.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

NAFAS BERBAU TANDA PENYAKIT? (KESIHATAN)

 
Memberus gigi merupakan salah satu penjagaan mulut yang dapat mengelakkan nafas berbau

"SEBENARNYA banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.

MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.

"Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

 "Bau tersebut terhasil daripada proses pereputan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi.

"Oleh yang demikian, penjagaan oral dengan betul adalah penting dalam usaha memastikan nafas sentiasa segar dan tidak berbau," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Naseem Banu lagi, tidak perlu bersusah payah memberus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut setiap kali habis makan bagi memastikan sisa-sisa makanan tidak melekat pada celah gigi, sebaliknya cukup sekadar berkumur dengan air bersih dengan cara yang betul.

Bagaimanapun, sekiranya ingin juga memberus gigi juga selepas makan, disyorkan dilakukan 30 minit selepas itu.

Memberus gigi dua kali sehari sudah memadai untuk mengelakkan sebarang masalah lain timbul seperti gigi menjadi nipis.

Pada masa yang sama, Dr. Naseem Banu turut memberitahu pembersihan lidah juga adalah penting kerana kebanyakkan bakteria busuk suka berada pada penghujung lidah.

Seboleh-bolehnya bersihkan lidah dengan menggunakan berus gigi tetapi dengan cara yang lembut.

"Sekiranya tidak dapat berkumur atau memberus gigi pada masa-masa tertentu, cuba kunyah gula-gula getah kerana boleh membantu melonggarkan makanan yang terselit di antara gigi serta menutup bau busuk nafas anda.

"Tetapi awas, anda dinasihatkan agar mengunyah gula-gula getah tanpa gula kerana gula getah bergula akan memburukkan lagi bau nafas," katanya.

Tip segarkan nafas


Dalam hal ini, Dr. Naseem Banu memberikan beberapa tip untuk menyegarkan kembali nafas, antaranya seperti pengambilan yogurt (yang masam) kerana makanan ini mengandungi vitamin D yang boleh melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.

Walaupun nampak kuno, beliau turut menjelaskan daun sirih juga sebenarnya mengandungi klorofil yang menyegarkan nafas jika dimakan secara konsisten, tidak ketinggalan mengunyah beberapa helai daun kari dan juga daun pudina.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar berkumur dengan air suam yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik (tulen yang tidak dicampur dengan bahan kimia) selama 30 saat dalam usaha menjaga masalah nafas berbau ini.

Ini kerana kandungan serbuk penaik mampu menyeimbangkan asid yang terkandung dalam badan dan seterusnya menyegarkan semula pernafasan.

Apa yang pasti, Dr. Nassem Banu berkata, punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau bagi mana-mana individu yang tidak mengalami sebarang penyakit ialah makanan.

"Dalam hal ini (masalah nafas berbau), makanan merupakan punca utama kepada permasalahan ini kerana makanan harian hari ini terdapat lebih karbohidrat selain makanan yang berprotein lebih kepada jenis yang bergoreng.

"Jika kita lihat masyarakat kampung yang hidup dalam suasana yang tidak tercemar dan makan makanan yang segar dan asli, mereka jarang mengalami masalah nafas berbau ini.

"Jadi selain penjagaan oral dengan betul, pilihlah makanan yang betul untuk mengelakkan nafas anda berbau," katanya menutup bicara.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

BAHAYA VIRUS HEPATITIS (SAKIT PUAN)

 
Vaksin hepatitis boleh mencegah daripada jangkitan hepatitis B

Soalan

SALAM doktor. Saya sedang hamil anak sulung. Semasa pemeriksaan antenatal, saya dimaklumkan bahawa saya pembawa Hepatitis B. Saya amat runsing dengan bayi dalam kandungan. Mohon doktor perjelaskan.

Puan Siti, Terengganu


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

HEPATITIS bermaksud radang pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Hepatitis B disebabkan jangkitan virus. Ia dijangkitkan daripada seorang individu kepada individu lain melalui cairan badan seperti darah, air liur, air mani atau rembesan faraj. Sistem imunisasi atau daya ketahanan badan seseorang itu sendiri boleh melindungi daripada hepatitis B.

Jika anda menghidap hepatitis B, anda mungkin mengalami jaundis iaitu kulit dan mata putih anda menjadi kuning. Satu lagi simptom jaundis ialah air kencing yang berwarna gelap dan najis yang pucat warnanya.

Pakar tidak begitu pasti tentang rawatan yang terbaik. Ini kerana, tidak ada banyak bukti tentang rawatan apakah yang paling selamat bagi wanita hamil.

Anda mungkin tidak akan menerima rawatan berbentuk ubat-ubatan atau dadah kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah banyak berehat, jaga pemakanan dan jangan minum minuman beralkohol.

Sejenis ubat yang dinamakan lamivudine dikatakan boleh mengurangkan risiko jangkitan hepatitis daripada ibu kepada bayi. Namun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanannya.

Kesan ke atas bayi

Kemungkinan besar, kehamilan dan kelahiran bayi anda akan berjalan dengan lancar. Hepatitis B juga kadang kala boleh menyebabkan komplikasi kehamilan. Jika anda menghidap hepatitis B, anda dikhuatiri lebih berisiko mengalami kelahiran pramatang, melahirkan bayi yang kecil, mendapat diabetes gestasi dan mungkin mengalami pendarahan yang teruk pada hujung kehamilan.

Jika anda mendapat hepatitis B semasa hamil, jangkitan ini boleh muncul semula selepas anda bersalin. Ada kemungkinan anda akan menjangkitkan virus ini kepada bayi anda. Ini boleh berlaku semasa bayi masih dalam rahim atau semasa anda bersalin.

Anda boleh melahirkan bayi secara normal. Pembedahan caesarean tidak mengurangkan kemungkinan bayi anda dijangkiti hepatitis B.

Namun, bayi anda boleh dilindungi daripada hepatitis B sebaik-baik sahaja dia dilahirkan. Dia akan menerima imunisasi vaksin hepatitis B. Dalam sesetengah kes, jika bayi anda dilahirkan awal, dia mungkin akan diberi suntikan yang dipanggil imunoglobulin hepatitis B beserta vaksin.

Anda sebenarnya selamat menyusukan bayi walaupun anda menghidap hepatitis B jika dia menerima vaksin yang diperlukan. Pastikan bayi anda melekap dengan betul untuk mengelakkan puting anda merekah atau berdarah.

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)

Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

HIPERHIDROSIS: PELUH BERLEBIHAN (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA mengalami masalah perpeluhan melampau sejak remaja lagi. Saya berasa malu kerana peluh dirembeskan begitu banyak tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Kadang-kadang saya rasa bau yang tidak selesa lebih-lebih lagi ketika saya didatangi haid. Bagaimana saya mahu mengatasi masalah ini?

Ku Za, Terengganu.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan


PADA
pandangan saya, anda mengalami masalah perpeluhan berlebihan pada anggota badan. Keadaan peluh yang melampau ini ialah sejenis penyakit yang dikenali sebagai hiperhidrosis. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui keadaan ini sebagai penyakit. Kebanyakannya beranggapan ia sebagai masalah biasa yang terjadi pada semua orang. Dari segi perubatan, hiperhidrosis ialah masalah peluh berlebihan yang terjadi dalam satu peratus populasi.

Ada tiga jenis hiperhidrosis, iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang selalunya membabitkan telapak tangan, kaki serta ketiak, hiperdrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca hiperhidrosis ini kurang jelas dan ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan dan sebahagian kecil kerana pembawaan genetik. Masalah ini pula boleh dialami baik lelaki mahu pun perempuan dan ia juga tidak mengira faktor usia.

Bagi mendapatkan rawatan hiperhidrosis ini, saudari perlu berjumpa pakar kulit kerana ada pelbagai kaedah rawatan dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan.

Hiperhidrosis menyeluruh mempunyai kaitan dengan masalah penyakit kanser dan urat saraf, masalah metabolik seperti hipertiroidisma, diabetes, hipoglisemia, gout, pheochorocytoma dan juga menopaus. Penyakit-penyakit lain yang menyebabkan demam juga boleh menyebabkan berpeluh satu badan. Ini penting bagi mencari punca-punca hiperhidrosis yang boleh dirawat dengan betul. Malah ada beberapa ujian yang perlu dilalui.

Dari segi rawatan, usaha mengatasi hiperhidrosis ini juga menjadi satu cabaran bagi doktor. Selain itu, ada pelbagai ubat yang turut digunakan untuk merawat hiperhidrosis. Suntikan toksin Botulinum atau Botox misalnya, amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis pada telapak tangan dan di bawah ketiak.

Pada masa sama, ada juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana saraf simpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuang kelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan.

Oleh kerana rawatan hiperhidrosis ialah sesuatu yang mencabar dan keberkesanannya tidak seratus peratus, maka saudari perlu berjumpa pakar untuk kaunseling.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

AWAS HERNIA (SAKIT TUAN)

RASA sengal di celah kelengkang tidak mengganggu aktiviti seharian Ahmad (bukan nama sebenar).

Ahmad masih menjalankan aktiviti seharian seperti biasa. Kadang kala dia merasakan sesuatu seperti tersembul di paha dan kelengkangnya.

Tambahan pula benjol berkenaan tidak sakit dan seolah-olah "hilang" apabila Ahmad berbaring.

Bagaimanapun, lama kelamaan Ahmad yang aktif bersukan merasa mual dan muntah menyebabkan dia pergi mendapatkan rawatan doktor.

Ahmad didiagnosis menghidap hernia atau dalam bahasa mudah, angin pasang yang biasa dihidapi oleh lelaki.

Dia agak bernasib baik kerana menerima rawatan awal. Dengan rawatan dan penjagaan sempurna kemungkinan besar hernia tidak akan berulang.

Pakar Runding Pembedahan Am, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Jonah Azariah berkata, hernia yang biasanya berlaku di celah paha dipanggil inguinal atau groin hernia.

"Hernia jenis ini lebih banyak dihidapi oleh lelaki," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kelana Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dr. Jonah berkata, risiko seorang lelaki menghidap hernia inguinal ialah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita, malah sebahagian besar bayi yang baru lahir dan kanak-kanak yang menghidap hernia ini juga ialah lelaki.

"Wanita juga terdedah kepada hernia walaupun peratusannya kecil," katanya.

Hernia disebabkan satu benjolan organ atau tisu yang masuk melalui bukaan abnormal disebabkan oleh kelemahan atau kecederaan otot.

Hernia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian pusat di celah kelangkang atau bahagian tubuh yang mempunyai rongga seperti diafram antara dada dan perut.

"Sesetengah hernia berlaku sebaik-baik saja seorang bayi dilahirkan atau selepas beberapa tahun.

"Sebahagian pula menghidap hernia pada pertengahan umur atau usia tua, hernia juga boleh berlaku secara tiba-tiba.

"Sebahagian besar komponen hernia adalah organ yang terdapat di dalam perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus dan masuk ke bahagian abnormal ini," katanya.

Rawatan


Dr. Jonah berkata, pesakit yang pernah menghidap hernia pada satu bahagian anggota (kiri atau kanan) berisiko terkena pada bahagian sebelah lagi.

"Pesakit yang menghidap penyakit tertentu seperti batuk atau sembelit kronik, berat badan berlebihan, bayi lahir tidak cukup bulan dan pernah menghidap hernia berisiko menghidapi hernia berulang jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat," katanya.

Menurut Dr. Jonah, pada peringkat biasa, organ usus yang tidak terperangkap dalam hernia dan boleh ditolak masuk dikategorikan sebagai tidak serius.

Jika usus tidak terperangkap dalam hernia, keadaan ini biasanya tidak serius.

"Biasanya pesakit tidak mendapatkan rawatan doktor kerana terdapat benjolan tidak sakit di permukaan kulit berdekatan pusat atau groin yang menjadi besar semasa batuk atau bersin.

"Mereka hanya akan muntah dan abdomen terasa sakit jika usus tersepit," katanya.

Biasanya, jika ini berlaku, pesakit boleh menolak hernia dengan lembut ke dalam dinding otot dengan sedikit tekanan.

Dr. Jonah berkata, jika hernia keras atau tidak masuk semula, doktor akan merujuk pesakit kepada pakar.

Hernia perlu dibetulkan melalui pembedahan kecil untuk mengelak usus tersepit.

Berulang


Sesetengah pesakit yang mengalami hernia berulang mendapat komplikasi tinggi, terutama dari segi saiz hernia. Risiko hernia berulang adalah disebabkan otot dan tisu lemah, apabila ada tekanan yang keadaan ototnya semakin lemah.

"Wanita juga terdedah kepada hernia tetapi ia jarang berlaku. Hernia dalam kalangan wanita biasanya membabitkan wanita berusia melebihi 50 tahun," katanya.

Dr. Jonah berkata, hernia boleh dirawat dengan pembedahan kecil dengan memasukkan semula organ yang terkeluar.

"Satu lagi pembedahan dengan memasukkan jaring plastik atau mesh di celah paha atau di bahagian hernia untuk menguatkan bahagian lemah selain mengurangkan risiko hernia berulang.

"Jaring atau mesh dimasukkan dan ditampal di bahagian lemah. Kaedah ini biasanya dilakukan untuk mengelakkan hernia berulang dan ia lebih popular di Barat," katanya.

Selain itu pembedahan laparoskopik juga boleh digunakan tetapi kaedah ini jarang dilakukan di sini kerana kosnya tinggi dan kurang tenaga mahir.

Bagi pesakit warga emas yang mengalami pelbagai komplikasi jika dibedah disarankan memakai tali pinggang khas untuk mengelakkan hernia.

Menurut Dr. Jonah, komplikasi pembedahan adalah rendah.

"Komplikasi utama ialah hernia berulang. Kadarnya berulang rendah jika kerosakan otot tisu adalah sedikit," katanya.

Cara terbaik menangani hernia ialah pesakit perlu menurunkan berat badan jika mereka tergolong dalam kumpulan obesiti.

Pesakit yang mengalami sembelit kronik pula digalakkan mengambil makanan berserat tinggi.

Pesakit dinasihatkan agar berhenti merokok terutama bagi mereka yang ada masalah paru-paru atau batuk yang kronik.

Dr. Jonah berkata, pesakit perlu cepat mendapatkan rawatan kerana jika hernia berulang dan organ seperti usus kecil dan besar tidak dapat dimasukkan dalam masa enam jam, ia berisiko membawa maut.

Simptom Hernia


Menurut Dr. Jonah, apabila otot lemah atas sebab-sebab tertentu terdapat peluang untuk organ keluar melalui lubang di otot.

"Semua manusia mempunyai saluran inguinal dan biasanya lelaki mempunyai tiga lapisan dan dua pintu keluar dan masuk ke pundi kencing dan prostat," katanya.

Injap di pintu keluar masuk boleh dibuka dan ditutup dengan bantuan otot dan apabila otot bermasalah serta berlaku tekanan di perut akan menyebabkan organ tertolak masuk ke lubang di otot.

"Biasanya mereka yang mempunyai penyakit paru-paru, perokok tegar dan batuk berpanjangan, boleh menyebabkan otot lemah dan tekanan kepada perut terdedah kepada hernia.

"Warga emas, mereka yang menghadapi masalah buang air kecil dan masalah prostat dan sembelit mudah menghidap hernia," katanya.

Hernia yang berlaku sejak lahir atau hernia kongenital masih tidak diketahui puncanya.

Memandangkan hernia mudah menyerang bayi lelaki, ibu bapa dinasihatkan peka terhadap keganjilan pada kemaluan anak mereka dan mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi mengelak ia menjadi lebih besar.

"Ibu bapa dinasihatkan jangan mengurut bayi mereka bagi mengurangkan benjolan kerana mengurut akan memburukkan keadaan kerana ia membabitkan usus.

"Cara paling selamat ialah melakukan pembedahan kecil yang tidak memerlukan kos tinggi.

"Ia tidak membahayakan, malah pesakit boleh keluar pada hari yang sama selepas melakukan pembedahan itu," katanya.

Jenis hernia

Hernia di kelangkang (Groin hernia)

Hernia selepas pembedahan (Incision hernia)

Hernia di pusat (Umbilical hernia)

Hernia atas pusat (Epigastrik hernia)

Hernia inguinal banyak berlaku dan boleh dibahagikan kepada dua:

Indirect iaitu hernia kongenital yang berlaku sejak lahir. Dianggarkan 800 hingga 1,000 dalam satu juta penduduk lelaki menghidap hernia jenis ini. Indirect boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur dan empat kali ganda lebih kerap ditemui berbanding direct hernia.

Direct iaitu hernia yang dihidapi orang dewasa. Kebanyakan pesakit ialah lelaki berusia 40 hingga 60 tahun. Ada pesakit menghidap jenis inguinal hernia campuran direct dan indirect.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Monday 17 February 2014

KEPUTIHAN ATAU AIR KETUBAN? (SAKIT PUAN)

Soalan

APAKAH yang boleh dilakukan apabila wanita hamil trimester akhir bulan mengalami masalah keputihan yang semakin banyak dan kegatalan pada celah paha? Adakah masalah ini akan menjejaskan kandungan saya?

- Fauziah, Seremban, Negeri Sembilan.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

KEPUTIHAN atau lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan, iaitu pengeluaran lelehan pekat, berwarna putih seperti krim, terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung anda, merasa sakit apabila bersama suami dan rasa sakit apabila membuang air kecil, simptom sebegini adalah disebabkan jangkitan.

Lelehan yang keluar dari faraj mungkin disebabkan lendir atau keputihan dan juga air ketuban yang pecah.

PUNCA


Jangkitan pada bahagian faraj agak biasa berlaku semasa hamil. Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada di dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita atau secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya. Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan anda mungkin tidak tahu ia berada dalam badan anda.

Namun, ia menjadi satu masalah apabila terdapat ketidakseimbangan di antara jumlah kulat yis dan mikro organisma lain dalam badan kita. Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika hamil. Semasa hamil, faraj kita mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat. Seseorang wanita juga mudah mengalami masalah ini jika anda memakai pakaian yang ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seperti seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.

BERJUMPA DOKTOR

Jika anda mengalami keputihan, beritahulah doktor anda. Jangan menderita dalam diam. Doktor anda mungkin akan memeriksa kawasan di sekitar faraj untuk mengenal pasti masalah sebenarnya. Jika beliau tidak pasti sama ada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan di mana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

Doktor anda mungkin akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, jika anda dalam trimester pertama, doktor anda mungkin tidak mahu memberikan apa-apa ubat pada ketika itu.

Keputihan boleh jadi sukar untuk dihapuskan apabila anda hamil. Rawatan yang berkesan bagi wanita yang tidak hamil mungkin tidak berkesan pada anda. Bincanglah dengan doktor anda sebelum menggunakan apa-apa ubat yang boleh dibeli di pasaran. Ia bukan sahaja mahal, malah tidak semestinya berkesan dan mungkin tidak sesuai digunakan semasa hamil. Jangan ambil ubat yang anda harus telan untuk merawat keputihan. Kita masih belum tahu sama ada ia selamat diambil ketika hamil.

KESAN KE ATAS BAYI

Bayi anda selamat dan terlindung di dalam rahim dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi akan dijangkiti apabila dia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim. Jika bayi yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya. Jika anda menyusu badan, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan ini boleh merebak ke payudara anda juga.

Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Walaupun ia mengambil masa untuk dihapuskan dan agak tidak selesa, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan sangat.

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

KAFEIN PUNCA SUSU IBU KERING (SAKIT PUAN)

Soalan

SAYA ingin bertanya, adakah bekalan susu badan tidak mencukupi disebabkan oleh faktor keturunan? Ibu saya pernah bercerita, beliau hanya berkesempatan memberikan susu badan kepada anak-anaknya dalam tempoh berpantang sahaja. Masalah yang sama turut dialami oleh kedua-dua kakak saya.

- Melati, Kajang Selangor.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

Jawapan

KEBANYAKAN wanita merasa terganggu dan risau bila mengenangkan kisah dan cerita ibu mereka yang menghadapi masalah bersalin dan penyusuan. Sebenarnya, kemungkinan anda menghadapi masalah fizikal yang akan menghalang dari menyusukan sendiri bayi anda amatlah kecil. Jarang sekali berlaku seseorang ibu itu kekurangan susu secara semula jadi. Kebanyakan masalah yang wujud pada awal-awal minggu penyusuan adalah sementara. Masalah ini akan pulih apabila aktiviti penyusuan menjadi stabil. Bekalan susu yang tidak mencukupi selalunya boleh disebabkan oleh banyak faktor.

Anda harus menggalakkan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dalam keadaan yang selesa. Bekalan susu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan, mengehadkan masa penyusuan dan kedudukan penyusuan yang tidak betul. Bayi yang baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali sehari. Tetapi kebanyakan bayi akan menyusu lebih daripada itu. Semakin kerap bayi menyusu semakin cepat payu dara anda 'kosong' dan semakin banyaklah susu dihasilkan. Kebanyakan bayi akan mengambil masa selama 30 hingga 40 minit untuk setiap penyusuan.

Biarkan bayi anda yang mengawal penyusuan sehingga dia sendiri melepaskan puting susu itu setelah puas dan bersedia.

Beberapa faktor menyebabkan susu tidak mencukupi seperti merokok, mengambil kafein berlebihan (mengambil lebih daripada lima cawan kopi sehari), penggunaan ubat penenang, antihistamina atau pil perancang keluarga.

Bayi juga boleh menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan susu. Mungkin bayi menghadapi masalah menghisap susu ibunya (biasanya ia bersifat sementara).

(Sumber Utusan Malaysia)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Saturday 15 February 2014

BAYI SONGSANG (SAKIT PUAN)

SAYA inginkan pandangan doktor mengenai prosedur ECV untuk memperbetulkan kedudukan bayi yang songsang semasa ia berusia 36 minggu.

Adakah prosedur ini jalan terbaik? Saya hamil anak pertama dan sejak tujuh bulan kepalanya di atas malah sehingga 36 minggu ia masih pada kedudukan sedemikian.

Sejak kandungan berusia tujuh bulan, saya ada membuat penyelidikan berkaitan masalah ini, namun saya takut dan tidak yakin dengan ECV memandangkan ini anak pertama saya.

Saya bercadang untuk bersalin secara pembedahan. Apakah pandangan doktor?

Ifah,
Kuala Lumpur


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SAYA pasti doktor anda sudahpun memastikan keadaan anda dan kandungan sebelum membenarkan anda mencuba kaedah ECV.

Apakah yang mendorong anda untuk memilih ECV atau sebaliknya kelahiran Caesarean? Seeloknya penyelidikan yang anda buat biarlah diselidiki juga melalui perbincangan dengan doktor anda. Ini bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin timbul daripada bahan bacaan tanpa panduan.

Pada usia kandungan anda 36 minggu ini, terdapat beberapa kemungkinan:

- Kemungkinan untuk janin berpusing dengan sendirinya kepada kedudukan normal (tanpa ECV) adalah 1:12.

- Bagi kandungan pertama, peluang ECV berjaya adalah sekitar 40 peratus. Ini juga bermakna, risiko ECV tidak berjaya adalah sekitar 60 peratus. Ia bergantung kepada usia kandungan, saiz janin, kandungan air ketuban, kedudukan uri, posisi kaki janin, penggunaan ubat tokolitik dan lain-lain.

- Setelah ECV berjaya memusingkan janin anda kepada kedudukan normal, risiko untuk janin berpusing semula kepada songsang adalah rendah iaitu 1:20.

- ECV adalah satu alternatif jika anda tidak mahukan kaedah pembedahan Caesarean. Bagaimanapun, jika anda memang sudah memilih kaedah Caesarean dari awal ketika mengetahui janin songsang, pilihan ECV tidak lagi relatif.

Namun, tidak salah jika anda mendengar penjelasan doktor anda mengenai kelebihan bersalin normal sekiranya ECV berjaya dan tidak bermasalah. Apapun, kini yang pasti jika janin masih songsang, bersalin normal bukanlah pilihan yang sesuai.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

PERUBAHAN PAYUDARA (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 31 tahun, sudah berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Pada 20 November lalu, saya sedar terdapat perubahan pada aerola dan puting payudara saya (sebelah kiri) iaitu aerola agak membesar (seolah-olah bengkak dan kembung) manakala puting agak berkedut.

Saya beranggapan mungkin saya mengandung dan hanya membiarkannya. Bagaimanapun, pada 25 November, saya didatangi haid.

Adakah keadaan itu normal? Saya juga menyedari urat di payudara saya semakin jelas kelihatan walaupun tiada sebarang ketulan pada payudara. Harap doktor dapat memberi sedikit penjelasan mengenai keadaan sebenar yang saya alami ini.

Niza,
Selayang, Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

JIKA terdapat perubahan mencurigakan pada payudara, eloklah seseorang itu pergi mendapatkan pemeriksaan doktor. Tidak wajar untuk mengetepikan kebimbangan itu tanpa memastikan ia tidak berbahaya.

Memandangkan kanser payudara adalah kanser wanita yang paling kerap berlaku, eloklah ia dikecualikan terlebih dahulu secara pemeriksaan, imbasan ultrabunyi, mammogram (bagi wanita lebih berusia) dan biopsi apabila perlu.

Seperti mana-mana kanser, pengesanan serta rawatan kanser tahap awal ternyata lebih baik. Jika hasil pemeriksaan menunjukkan bukan kanser, barulah anda tidak perlu risau.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

LENDIR, DARAH SELEPAS HAID (SAKIT PUAN)

SELEPAS saya membuang air, saya dapati ada lendir bersama sedikit darah keluar. Hal ini berlaku sebelum saya berkahwin lagi. Kebiasaannya ia berlaku selepas habis haid.

Saya musykil sama ada ia darah haid atau saya mempunyai masalah di bahagian rahim.

Kini saya sudah berkahwin hampir dua bulan dan ketika bersama, saya berasa sangat sakit tetapi tidak tahu sama ada selaput dara sudah pecah atau sebaliknya. Ini kerana selepas bersama, saya dapati tiada sebarang darah sewaktu saya membuang air.

Kejadian sama berulang iaitu saya didatangi haid pada 16 hingga 24 Disember lalu namun pada akhir Disember, saya dapati keluar lendir bersama darah selepas saya membuang air.

Adakah keadaan ini salah satu petanda kanser? Adakah keadaan ini juga menyebabkan saya sukar menimang cahaya mata? Adakah ia boleh memudaratkan?

Hid,
Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SAYA tidak dapat menjawab soalan anda dengan pasti kerana anda tidak mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kanser rahim memberi petanda pendarahan ‘haid’ di luar jangkaan. Namun, petanda yang sama ini juga boleh turut disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser.

Sukar untuk membezakan berdasarkan pertanyaan saja, lebih-lebih lagi jika masalah itu berulang. Eloklah anda mendapatkan pemeriksaan pakar sakit puan terlebih dulu.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SELAPUT DARA TAK NORMAL (SAKIT PUAN)

APAKAH jenis selaput dara sekiranya seorang perempuan itu didatangi haid tetapi tidak memiliki lubang pada selaput daranya?

Bagaimanakah penyelesaian yang akan diambil sekiranya perempuan terbabit hendak berkahwin? Saya berharap doktor dapat memberi pandangan.

Lia,
Selangor


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KEADAAN selaput dara tiada lubang dinamakan ‘imperforate hymen’. Ini lazimnya dikesan awal iaitu pada bulan pertama atau beberapa bulan awal gadis didatangi haid.

Dengan pengumpulan darah haid di dalam faraj, ini menimbulkan kesakitan dan bengkak pada kawasan kemaluan dan memerlukan pembedahan kecemasan untuk membuka selaput dara itu. Jika tidak, ia boleh menyebabkan penyakit lain akibat tumpahan darah haid melalui tiub fallopio ke dalam ruang pelvis.

Wanita yang didatangi haid semestinya sudahpun mempunyai bukaan pada selaput daranya.

Namun, selaput dara boleh mempunyai kelainan dari segi sifat atau bentuk fizikal dan ini mungkin menyukarkan hubungan seks penetratif. Hal ini dapat dipastikan melalui pemeriksaan doktor pakar sakit puan.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

BUKAN MASALAH TAK BERSUNAT (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 28 tahun dan akan mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun ini. Saya bekerja sebagai jururawat.

Saya dapati alat sulit saya kelihatan berbeza daripada wanita lain apabila labia minora kelihatan sangat lebar. Saya bertanyakan kepada ibu sama ada saya disunatkan semasa dilahirkan, namun ibu saya tidak ingat, cuma katanya kemungkinan ada.

Apabila bertanyakan pada ayah pula, dia memberitahu perempuan tidak wajib bersunat jadi kemungkinan saya tidak disunatkan.

Saya jadi takut dan agak tertekan sekiranya bakal suami tidak dapat menerima keadaan saya ini. Saya pernah terdengar perbualan orang tua bahawa lelaki tidak sukakan perempuan yang tidak bersunat.

Ini menambah tekanan pada saya. Pada usia ini, bolehkah saya melakukan prosedur bersunat? Jika ada, di manakah tempatnya? Saya berasa cukup malu dan harap doktor dapat memberi pandangan.

Lis,
Selangor.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

SAIZ labia minora ada sedikit berbeza antara wanita, malah saiz atau panjang labia minora kanan juga mungkin sedikit berbeza daripada labia minora kiri.

Bersunat bagi perempuan juga berbeza mengikut amalan masyarakat. Kini, amalan bersunat di Malaysia lebih kepada ‘cukup syarat’ contohnya dengan hanya menyentuh gunting atau pisau pada bahagian kemaluan bayi atau kanak-kanak perempuan, bukannya seperti dulu dengan memotong lebih banyak bahagian atas sudut pertemuan labia minora.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kebersihan kemaluan, sama ada sudah bersunat ataupun belum. Kotoran atau daki lebih mudah berkumpul di celah atau bawah sudut terbabit pada wanita yang tidak bersunat, tetapi ini tidak bermakna wanita yang sudah bersunat bebas daripada kotoran berkenaan.

Sebagai jururawat yang ada mempelajari bahagian kemaluan wanita, anda pasti lebih berpengetahuan dalam menjaga kebersihan bahagian terbabit.

Labia minora memainkan peranan dalam membantu ‘menutup’ bahagian bukaan salur kencing dan bukaan faraj. Labia minora yang lebih lebar sepatutnya lebih melindungi bahagian ini daripada jangkitan kuman.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

Friday 14 February 2014

DATANG BULAN SETAHUN SEKALI (SAKIT PUAN)

SAYA berusia 20 tahun yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Haid saya datang tiga bulan sekali dan kadang-kadang setahun sekali.

Kebiasaannya haid saya tidak kurang daripada empat kali setahun. Berat saya kini 53 kilogram dan ketinggian 159 sentimeter.

Pertama kali saya didatangi haid pada usia 14 tahun dan saya juga tidak mengalami sebarang kesakitan atau senggugut semasa haid. Payudara saya juga tidak membesar iaitu saya memakai coli saiz 32A hingga sekarang.

Saya mengalami masalah ini sejak usia 14 tahun dan kini runsing memikirkan perkara ini. Adakah ini menyebabkan masalah kesuburan dan kehamilan satu hari nanti? Adakah masalah saya ini berpunca daripada keturunan?

Gadis tak normal,
Kuala Lumpur.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

KITARAN haid yang jarang-jarang dan tidak menentu lazimnya disebabkan masalah kesuburan pada ovari di mana pembesaran, pematangan dan pengeluaran telur tidak berlaku (an-ovulasi) atau jarang berlaku (oligo-ovulasi).

Dalam peratusan yang lebih kecil, masalah ovari ini sebenarnya mempunyai punca lain contohnya penyakit kelenjar lain pada tubuh.

Ada antara penyakit yang menyebabkan gangguan haid seperti anda turut memberi risiko penyakit berbahaya. Eloklah anda mendapatkan pemeriksaan doktor berhampiran.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

SUBUR BERGANTUNG KITARAN HAID (SAKIT PUAN)

SAYA baru berkahwin sebulan lalu dan semasa bernikah, saya didatangi haid. Saya bersama suami seminggu selepas majlis kahwin kami.

Saya ada terbaca dalam beberapa artikel mengatakan selepas tempoh haid, wanita itu mengalami kesuburan. Adakah kenyataan ini benar?

Bunga,
Kuala Lumpur.


Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

INI bergantung kepada kitaran haidnya. Kebanyakan wanita mempunyai kitaran haid setiap 28 hingga 30 hari. Jika anda juga sedemikian dan kitaran haid anda memang teratur setiap bulan, tempoh anda boleh dihamilkan bermula seawal sejurus haid anda kering jika haid anda berlanjutan sekitar seminggu.

Ini kerana ada sebilangan kecil sperma yang boleh hidup untuk sekitar seminggu apabila sudah masuk ke dalam melepasi serviks manakala kebanyakannya sudah pun mati apabila melebihi tiga hari.

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid lebih panjang, tempoh kesuburannya juga lebih lewat. Wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak dapat dipastikan bila waktu kesuburannya, itu pun jika mereka subur pada kitaran terbabit.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Rahsia Rumahtangga Bahagia! Klik Disini!

WAKTU SESUAI HAMIL LEPAS KEGUGURAN (SAKIT PUAN)

SUDAH lebih 40 hari saya keguguran (selepas tujuh tahun berusaha) semasa usia kandungan 14 minggu dan menjalani rawatan D&C.

Bilakah waktu yang sesuai untuk saya hamil semula? Untuk pengetahuan doktor, saya mengambil vitamin E, vitamin C dan asid folik setiap hari.

Ima,
Kuala Lumpur.

JIKA tahap kesihatan anda sudah pulih secara fizikal dan emosi, anda boleh hamil semula. Bagaimanapun, kebanyakan doktor menasihatkan agar menunggu sehingga anda didatangi haid satu hingga tiga kali. Tempoh ini membolehkan anda pulih.

Keguguran trimester kedua seeloknya diperiksa lanjut. Kebanyakan keguguran berlaku dalam 13 minggu pertama terutama dalam lapan minggu terawal. Dalam kebanyakan kes, keguguran terbabit lebih bersifat spontan dan tiada kaitan dengan kehamilan berikutnya.

Keguguran trimester kedua pula lebih berkemungkinan mempunyai punca yang boleh menyebabkan ia berulang jika tidak dirawat.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme

Thursday 13 February 2014

BUANG RASA GERUN, MALU (SAKIT TUAN)

MASALAH hubungan suami isteri perkara subjektif. Ia perlu dibawa berbincang, lebih-lebih lagi jika seorang daripada mereka tidak merasai nikmat hubungan suami isteri.

Masalah ini sebenarnya tidak mengira umur walaupun saya selalu mendapat aduan daripada pembaca berumur awal 40-an.

Hubungan intim pasangan halal adalah nikmat dunia yang tiada bandingan jika mereka tahu memainkan peranan dan berinteraksi.

Dalam Islam, hubungan suami isteri tiada batasan kecuali bersetubuh ketika isteri haid serta hubungan yang diharamkan seperti liwat atau seks anal.

Namun, seks oral boleh dilakukan jika kedua-dua pihak setuju dan selesa melakukannya.

Mungkin pada permulaan untuk mencuba seks penetratif, ada isteri berasa gerun, namun lambat laun ia dapat diatasi apabila perasaan negatif dihindarkan daripada minda.

Perasaan malu yang biasa dipamerkan wanita tiada tempatnya dalam hubungan intim suami isteri. Sudah tentu yang baik, selesa, mengghairahkan dan yang memberi kepuasan kepada pasangan akan lazim dilakukan.

Bagi sebilangan besar isteri, adegan pemanasan sangat penting dan yang menjadi kegemaran mereka ialah urutan dan belaian erotika iaitu bahagian tubuh yang perlu diurut mengikut selera isteri.

Sebilangan isteri tidak selesa dengan sentuhan terus menerus ke sasaran kerana ia sangat sensitif. Wanita yang klitorisnya termasuk ke dalam masih dapat merasai sentuhan pada bahagian itu apabila bahagian berdekatan iaitu atas bibir kecil terkena urutan tapak jari.

Isteri perlu memandu suami ke tempat atau bahagian tubuh yang dia mahukan sentuhan. Ini lebih baik daripada membiarkan suami meneroka tubuh badan secara membuta.

Dalam keadaan selesa dan lega, mudah untuk minda isteri menyelami perasaan syahwatnya untuk menghayati sentuhan intim yang boleh mencetuskan keghairahan dan dengan panduannya, suami boleh lakukan apa yang perlu untuk membawanya ke kemuncak syahwat.

Perasaan syahwat dalam kawalan ‘pusat syahwat’ berada dalam minda dan ia berada dalam kawalan hormon testosterone. Jika satu ketika wanita mudah teruja dan mencapai klimaks namun kini mudah terganggu, ada kemungkinan tahap hormon testosteronenya merudum.

Ini boleh dikesan melalui ujian darah. Bagi saya, hubungan intim seksual satu seni. Apa juga seni untuk diceburi, kita perlu tahu langkah awal sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Kita perlu tahu anggota badan yang boleh mencetuskan perasaan ghairah. Bahagian yang memberi keghairahan kepada kita dikenali sebagai Zon Erogena (Erogenous Zones).

Apabila bahagian itu mengalami rangsangan, kita akan mencapai kemuncak syahwat iaitu orgasma. Pasangan yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar boleh menghantarkan e-mel kepada saya iaitu dr_tambi@yahoo.com.

(Sumber Harian Metro)

Dapatkan produk kesihatan untuk suami isteri di http://www.blogbioasli.com/dikme